29 Februari 2012

Andre Villas-Boas bimbang dipecat

Andre Villas-Boas mengaku tidak pasti masih memiliki sokongan pemilik Chelsea, Roman Abramovich dan bimbang kemungkinan beliau dipecat seperti pengurus sebelum ini, Carlo Ancelotti pada Mei tahun lalu.

27 Februari 2012

Lampard dingin dengan Villas-Boas

Frank Lampard menjaringkan gol untuk menyelamatkan kedudukan pengurusnya kelmarin, namun sejurus tamat perlawanan bintang tengah Chelsea itu membuat pengakuan bahawa hubungannya dan Andre Villas-Boas tidak ideal.

26 Februari 2012

BPL: Keputusan Chelsea vs Bolton

Chelsea berjaya menewaskan bolton 3-0,gol chelsea dijaringkan oleh luiz minit ke 49 sebelum Drogba menambah gol minit ke 61 dan Lampard melebarkan jurang gol hasil dari hantaran Juan mata minit ke 79.

25 Februari 2012

Torres digugurkan Daripada Skuad Sepanyol

Penyerang bermasalah Chelsea, Fernando Torres akhirnya digugurkan daripada skuad kebangsaan Sepanyol buat pertama kali dalam tempoh lebih lima tahun.

Andre Villas-Boas beri penjelasan

Andre Villas-Boas mengaku terpaksa memberi penjelasan punca kekalahan Chelsea dalam Liga Juara-Juara di Naples kepada pemilik kelab, Roman Abramovich.

Sampai bila Villas-Boas mampu bertahan

Belum sampai semusim, impian Andre Villas-Boas untuk mencipta kemasyhuran seperti mana Jose Mourinho di Chelsea mungkin akan berakhir sebelum musim ini melabuhkan tirai jika prestasi terumbang-ambing The Blues mutakhir ini berterusan dalam beberapa perlawanan akan datang..

24 Februari 2012

Andre Villas-Boas nafi ke Inter

Andre Villas-Boas menolak spekulasi mengaitkannya dengan Inter Milan dan menegaskan komitmennya adalah membina kerjaya gemilang di Chelsea.Villas-Boas semakin tertekan berikutan kekalahan 1-3 di tangan Napoli pada Liga Juara-Juara, Selasa lalu sekali gus meningkatkan spekulasi terhadap kedudukannya.

Ashley Cole mungkin disingkirkan

Bintang pertahanan England, Ashley Cole sedang menuju ke arah pintu keluar dari Chelsea selepas secara terbuka mengkritik pengurus pasukan, Andre Villas-Boas.Pemilik kelab, Roman Abramovich nyata tidak gembira dengan kritikan yang dilemparkan oleh bintang-bintang senior mereka terhadap jurulatih kelahiran Portugal itu dan mahu 'pemberontak' dalam bilik persalinan dibersihkan.

22 Februari 2012

Andre Villas-Boas salahkan pertahanan

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) mengakui perlu menyusun semula pertahanannya apabila pemain pertahanan, John Terry dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh enam minggu bagi menjalani pembedahan lutut.

John Terry berehat dua bulan

Kapten Chelsea, John Terry menjalani pembedahan ekoran kecederaan pada lutut kanannya dan bakal berehat untuk beberapa minggu.Pemain yang menjadi tulang belakang Chelsea bagi mengharungi Liga Perdana dan Liga Juara-juara itu tidak dapat beraksi sehingga lapan minggu akibat pembedahan itu.

UCL:Keputusan Napoli vs Chelsea

Chelsea meneruskan rentak sumbang apabila tewas kepada napoli 3-1 dalam saingan liga juara2.

21 Februari 2012

Debaran Villas-Boas- Napoli vs Chelsea

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas berdepan satu ujian sukar dalam karier pada pertemuan kalah mati pertama Liga Juara-Juara menentang Napoli awal pagi esok.Selain misi peribadi untuk menyelamatkan kariernya, Villas-Boas turut berdepan ujian penting untuk menggembalikan semula kegemilangan skuad The Blues musim ini.

20 Februari 2012

Beri sokongan pada pengurus- Jose Mourinho

Bos Real Madrid, Jose Mourinho kelmarin menasihatkan penyokong Chelsea dan Inter Milan yang terkilan untuk memberi sokongan kepada jurulatih kelab masing-masing selepas mereka berteriak nama pengurus Portugis itu.

Abramovich sokong saya - Villas-Boas

Andre Villas-Boas menegaskan bahawa dia masih mendapat sokongan penuh pemilik Chelsea, Roman Abramovich meskipun prestasi pasukan bimbingannya semakin merosot.Tekanan terhadap kedudukan Villas-Boas sebagai pengurus semakin meningkat apabila pasukannya gagal mengalahkan kelab dari Liga Kejuaraan, Birmingham City dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge.

19 Februari 2012

Andre Villas-Boas makin tertekan

Tekanan yang dialami pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas semakin memuncak selepas pasukannya hanya mampu seri 1-1 dengan kelab liga bawahan Birmingham dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA semalam.

18 Februari 2012

Keputusan FA Cup Chelsea 1 Birmingham city 1

Dari persembahan ternyata pemain2 chelsea tidak bersemangat lansung..AVB sudah cuba yang terbaik tapi pemain gagal menjalankan tugas dengan baik..Nasib menyebelahi chelsea untuk seri malam ni..

Torres luah kekecewaan

Fernando Torres meluahkan kekecewaannya kerana masih gagal menyumbangkan gol untuk Chelsea selepas tercari-cari jaringan sejak pertengahan Oktober lalu.Dia menjaringkan gol ketika menentang Genk dalam Liga Juara-Juara tetapi dalam 19 perlawanan kelab selepas itu, dia masih buntu untuk mencipta jaringan.

Anelka harap Drogba ke China

Nicolas Anelka berharap untuk beraksi di samping Didier Drogba di China selepas menyertai pasukan Liga Super, Shanghai Shenhua dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan.“Saya harap Drogba datang ke sini. Saya kerap menghubunginya dan jika semua berjalan lancar, dia mungkin datang ke Shanghai,” kata Anelka dalam satu sidang media sejurus tiba di bandar raya itu.

Andre Villas-Boas dipulaukan

Andre Villas-Boas mengakui dia tidak menikmati sokongan penuh daripada pasukannya menjelang pertemuan pusingan kelima Piala FA dengan Birmingham City, hari ini.Pengurus Chelsea itu menempuh musim pertama yang sukar di Stamford Bridge sejak menggantikan Carlo Ancelotti musim panas lalu dan kekalahan hujung minggu lalu di Everton mencetuskan laporan bahawa dia dipulaukan pasukan di bilik persalinan.

17 Februari 2012

Drogba bagai presiden Ivory Coast

DIDIER Drogba mempunyai semangat dan kesungguhan di padang bola sepak yang tidak ramai pemain profesional mampu menyainginya.Bagaimanapun bintang Chelsea itu mempunyai cita-cita lebih tinggi daripada cuba mencapai kilauan piala untuk sebuah kelab di barat London. Dia adalah seorang lelaki yang mengambil tanggungjawab untuk membina kembali seluruh negaranya.

Andre Villas-Boas perlu lebih masa

Andre Villas-Boas (AVB) terus mendapat sokongan daripada bekas kelabnya, Porto ketika spekulasi terhadap peluangnya kekal di Chelsea semakin hangat.Villas-Boas yang berikrar untuk memulihkan imej Chelsea mendapat sokongan Presiden Porto, Jorge Nunno Pinto da Costa yang memberi kata-kata semangat seperti ketika pengurus itu melatih Porto di Estadio do Dragao.

16 Februari 2012

Andre Villas Boas gagal - Presiden Porto

Presiden Porto, Jorge Nuno Pinto da Costa menyifatkan Andre Villas-Boas tampak gagal memimpin Chelsea meraih kejayaan kerana pemain masih terus berhubung dengan bekas pengurus Blues, Jose Mourinho.“Beliau perlu masa untuk membentuk pasukannya,” katanya yang bertanggung jawab melantik Mourinho dan Villas-Boas di Porto.

13 Februari 2012

AVB abaikan desakan penyokong

Andre Villas-Boas tidak mempedulikan desakan penyokong Chelsea sebaliknya menggesa pemain-pemainnya meningkatkan prestasi selepas peluang mereka mengukuhkan cengkaman dalam kelompok empat pasukan terbaik terjejas akibat kekalahan di tangan Everton.

12 Februari 2012

BPL: Keputusan Everton vs Chelsea




ArulchelseA: Makin parah chelsea main..Dari pertahanan sampai penyerang habis lingkup..Tunggu masa je la AVB untuk keluar dari chelsea..Makin lama makin menjahanamkan chelsea..

11 Februari 2012

BPL: Everton vs Chelsea


Jangan lupa saksikan perlawanan Everton vs Chelsea live pukul 11.00malam disaluran 812  astro..

Anelka tak puas hati dengan AVB

Nicolas Anelka mengakui tidak menyangka penamat kerjayanya di Chelsea berakhir dengan mimpi ngeri – dan menuding jari kepada pengurus Andre Villas-Boas.Pemain Perancis itu yang kini sedang menjalani latihan pra-musim di Sepanyol bersama kelab barunya Shanghai Shenhua, masih sukar mempercayai bagaimana masanya di Stamford Bridge berakhir dengan penamat penuh kehinaan. 

Capello bakal ganti Andre Villas-Boas ?

Nama bekas pengurus England, Fabio Capello timbul sebagai calon mengejut menggantikan Andre Villas-Boas di Chelsea.Peletakan jawatan Capello secara tidak langsung membuatkan Villas-Boas, yang kurang menyerlah sejak mengambil alih Blues awal musim ini, tidak senang duduk.Khabar angin tercetus di Stamford Bridge mengenai kemungkinan bekas bos AC Milan, Roma dan Real Madrid itu dilantik selaku pengurus kelapan Chelsea dalam tempoh lapan tahun.

9 Februari 2012

Capello letak jawatan kerana pertahankan Terry

Fabio Capello,65, meletakkan jawatan sebagai pengurus skuad bola sepak England berkuat kuasa serta-merta hari ini.Ia ada kaitan dengan keputusan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris yang menggugurkan John Terry sebagai kapten England yang enggan diterima oleh Capello. 

Villas-Boas pertahan Capello

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mempertahankan Fabio Capello berhubung isu John Terry yang dilucutkan jawatan sebagai kapten England dan menegaskan, jurulatih Itali itu berhak untuk meluahkan rasa dukacitanya kepada umum.Pengurus England, Capello memberitahu TV Itali bahawa dia tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England.

8 Februari 2012

Saya akan terus beraksi - Terry

John Terry berikrar akan terus bermain untuk England selepas mendapat sokongan daripada pengurus pasukan, Fabio Capello.Terry dilucutkan daripada tugas ketua pasukan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana perbicaraannya mengenai isu perkauman dengan pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand masih tergantung.Perkembangan tersebut mendorong dia mempertimbangkan untuk mengakhiri karier bersama England selepas memiliki 72 cap untuk skuad kebangsaan.

7 Februari 2012

Capello pula selar FA

Pengurus England, Fabio Capello menyelar majikannya, Persatuan Bolasepak (FA) England kerana melucutkan John Terry sebagai kapten skuad kebangsaan ekoran dakwaan perkauman.Terry, 31, dilepaskan daripada tugas ketua pasukan memandangkan dia akan dibicarakan atas dakwaan menghambur kata-kata perkauman terhadap pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, tahun lalu. Bagaimanapun, keputusan FA tidak disenangi oleh Capello. 

6 Februari 2012

Pengadil sangkak punca Chelsea seri

Masih lagi bengang dengan ref webb yang memberi 2 penalti kepada setan merah..Aku masih fikir mengapa 1st half dia tak bagi penalti kepada setan merah dan mengapa 2nd half belambak lak setan merah dapat penalti..sedangkan lakonan player setan merah lagi berjaya ketika 1st half.. Dari apa yang aku perhatikan..ada beberapa alasan yang sesuai..

BPL: Keputusan Chelsea vs Man.utd

Lagi sekali pengadil sangkak menyebabkan chelsea seri 3-3..kenapa pengadil bagi penalti sampai dua kali kepada man.utd..lihat gambar bawah ni..ada jawapannya..

5 Februari 2012

Chelsea akui tersasar

Andre Villas-Boas mungkin menyatakan Chelsea kini tersasar daripada perburuan gelaran Liga Perdana Inggeris tapi rekod kehebatan mereka di laman sendiri sewaktu menentang Manchester United, bermakna, mereka masih berpeluang mengubah nasib dalam kejuaraan itu.Kali terakhir skuad United bimbingan Sir Alex Ferguson menang perlawanan liga itu di Stamford Bridge adalah sepuluh tahun lalu dan persaingan antara kedua-dua kelab tidak pernah padam meskipun 12 mata memisahkan kedua-dua pasukan itu.

Terry diketepikan jumpa United

Sehari selepas dilucutkan sebagai kapten England, John Terry diketepikan pula daripada perlawanan besar Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge, hari ini.Chelsea berdepan tugas berat apabila menerima kunjungan penyandang juara selepas tonggak pertahanannya itu disahkan mengalami kecederaan lutut.Malah, mereka juga kehilangan seorang lagi pertahanan, Ashley Cole yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika menentang Swansea, Selasa lalu. 

Torres tekad balas budi penyokong

Fernando Torres kini terdesak untuk membalas budi penyokong Chelsea kerana terus memberi sokongan berdepan musim terburuk sepanjang kariernya.“Sejak saya menyertai Chelsea, sokongan peminat begitu menakjubkan,” kata Torres menjelang pertemuan dengan Manchester United.

BPL: Chelsea vs Man.Utd.

Malam ini chelsea akan menanti kunjungan setan merah di Stamford Bridge.Walaupun rekod chelsea ditempat sendiri  untuk musim ini agak tidak berapa baik namun peluang untuk chelsea menang tetap ada..ramalan aku 60-40.Mungkin dengan ketiadaan A.cole yang menerima kad merah dan ramires yang cedera agak merisaukan tapi sesiapa pun yang bakal diturunkan malam nanti diharap mampu mencipta kemenangan. 

4 Februari 2012

The Special One kembali ke Chelsea?

Jose Mourinho membuat pengakuan mengejutkan semalam, beliau bakal meninggalkan gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid pada musim panas ini untuk kembali ke pangkuan Chelsea.Mourinho yang turut digelar The Special One itu pernah menjulang Chelsea merangkul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain memenangi tiga trofi lain sepanjang tempoh tiga tahun di Stamford Bridge. 

Drogba mungkin kekal di Chelsea

Didier Drogba enggan menolak kemungkinan untuk kekal bersama Chelsea apabila kontraknya tamat musim panas ini.Penyerang itu kini menjadi buruan pasukan MLS, Chicago Fire selepas menolak tawaran perpindahan ke pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua, bulan lalu.

Chelsea umpama singa luka

Pemain tengah Chelsea, Juan Mata mengakui keadaan skuadnya masih belum sempurna dan mereka perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya dengan lebih cepat.The Blues yang ketinggalan 12 mata di belakang Manchester United dijadualkan akan berdepan skuad kendalian Sir Alex Ferguson pada Ahad ini.

Terry bukan lagi kapten England

John Terry dilucutkan jawatan kapten England buat kali kedua dalam tempoh dua tahun semalam selepas kebimbangan mengenai kes perkauman di mahkamah menjejaskan posisinya.Persatuan Bola sepak (FA) Inggeris mengesahkan dalam satu kenyataan pengerusi David Bernstein menghubungi Terry untuk mengumumkan mengenai keputusan badan induk itu dan melucutkannya sebagai kapten hingga dakwaan ke atasnya “selesai”.

3 Februari 2012

Terry ‘toksik’ England ke Euro 2012

Persatuan Bola Sepak England (FA) diberi amaran bahawa kehadiran John Terry dalam skuad England ke Euro 2012 bakal mengundang suasana negatif.Terry kelmarin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina pemain QPR, Anton Ferdinand secara perkauman dan perbicaraan ditunda ke 9 Julai depan iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Eropah itu.

1 Februari 2012

BPL: Keputusan Swansea City vs Chelsea

 Chelsea bernasib baik mampu seri ketika bertemu swansea city pagi tadi walaupun bermain dengan10 pemain setelah A.cole dibuang padang minit ke 85 kerana menerima kad kuning kedua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...