John Obi Mikel mengaku impian Chelsea menamatkan saingan liga di  kedudukan empat terbaik sudah berakhir dan kini mereka perlu memberi  tumpuan penuh kepada saingan Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara.
Blues tergelincir daripada perebutan empat pasukan teratas pada  saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-2 kepada Newcastle  kelmarin sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan empat mata di  belakang Magpies dan Tottenham dengan hanya baki dua perlawanan.
Mikel mengaku mereka perlu melupakan saingan EPL dan mengubah tumpuan untuk cuba memenangi gelaran Piala FA apabila bertemu Liverpool pada perlawanan akhir sebelum bertemu Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara.
“Kedudukan empat terbaik sudah berakhir dan kini peluang terbaik  untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara adalah dengan memenangi  perlawanan di Munich,” katanya.
“Inilah yang diingini pemain, penyokong dan pengurusan kelab. Kami perlu memberi tumpuan penuh kepadanya.
“Bagaimanapun pertama sekali kami perlu memastikan memenangi gelaran Piala FA. Kami tidak boleh melepaskan peluang terhidang ini.” Mikel sedar mereka tidak boleh terus meratapi kekalahan kepada Newcastle ketika pertemuan dengan Liverpool di Wembley semakin hampir.
“Kami sudah melakukan yang terbaik sejak kebelakangan ini tapi gagal beraksi baik pada saingan liga,” tambah Mikel.
“Kami tidak mencipta banyak peluang tapi perlu melupakan semuanya kerana perlawanan besar menanti pada aksi final di Wembley.
“Pengurus sudah melakukan beberapa perubahan sejak akhir-akhir ini  dan segala-galanya tampak bagus untuk seluruh pasukan,” katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan