Kapten Chelsea, John Terry masih menunggu panggilan daripada pengurus baharu England, Roy Hodgson.Terry berharap dia akan disenaraikan dalam skuad The Three Lions, sekali gus beraksi pada pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine bulan depan.
Ketika ini, Hodgson masih menim- bangkan cadangan untuk menyenaraikan  Terry dan pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdi- nand dalam  skuad itu.
Terry pernah didakwa kerana mengamalkan sikap perkauman terhadap adik  Ferdinand, Anton ketika Chelsea bertemu Queens Park Rangers (QPR) pada  aksi Liga Perdana England, Oktober lalu.
Meskipun Terry menafikan dakwaan tersebut, dia tetap akan dihadapkan ke mahkamah pada Julai depan.
"Saya masih belum menerima panggilan daripada Hodgson. Buat masa ini,  saya akan teruskan usaha untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada  saingan liga dan kelab (Chelsea).
"Saya berharap akan menerima panggi- lan itu dan tersenarai dalam  skuad England dan kerana ramai calon telah disenaraikan pada saringan  awal lalu.
"Saya sedia berkhidmat untuk negara," kata Terry ketika hadir di Majlis Anugerah Pemain Terbaik Chelsea kelmarin.
Ketika pelantikan Hodgson sebagai pengurus, beliau pernah memberitahu  untuk menangguh dahulu pertemuan dengan Terry dan Ferdinand bagi  menilai sama ada kedua-dua pemain itu dapat beraksi dalam skuad yang  sama.
Beliau yang mengendali pasukan West Bromwich Albion dilantik mengisi  kekoso- ngan yang ditinggalkan Fabio Capello hanya beberapa minggu  sebelum Euro 2012 bermula.
Capello meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan  Persatuan Bola Sepak (FA) England yang melucutkan jawa- tan Terry selaku  ketua pasukan.
Walaupun mahkamah belum memutuskan kesalahan Terry, FA England  menegas- kan, badan induk bola sepak negara itu tidak mahu Terry sibuk  dengan kontroversi pihak media sehingga mengganggu tugasnya bersama  skuad negara, terutamanya ketika menghadapi Euro 2012. 
Hodgson dilaporkan akan menamakan barisan utama yang terdiri daripada 23 pemain pada Rabu depan. -[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan