4 Mei 2012

Perlu tewaskan Bayern Munich - RDM

Roberto Di Matteo mengaku harapan Chelsea mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris di kelompok empat teratas semakin tipis selepas dua gol Papiss Demba Cisse membantu Newcastle menang 2-0 di Stamford Bridge.


Anak buah Di Matteo mempamerkan persembahan kurang bermaya kerana jadual padat menyebabkan mereka keletihan awal pagi semalam dan Newcastle mengambil kesempatan itu untuk mengukuhkan cabaran merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

Cisse membuka tirai jaringan pada pertengahan babak pertama menerusi rembatan menarik dan penyerang Senegal itu melengkapkan kemenangan terbaik Newcastle di gelanggang lawan musim ini dengan tendangan voli dari sebelah kiri pada masa kecederaan babak kedua.

Chelsea kini empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham dan tangga kelima, Newcastle dengan baki dua perlawanan dan Di Matteo mengaku pasukannya mungkin perlu menewaskan Bayern Munich di final Liga Juara-Juara, hujung bulan ini untuk layak ke pertandingan itu musim depan.

“Sukar buat kami menduduki tangga keempat,” kata Di Matteo. “Jika kami renung semula musim ini, kami kehilangan banyak mata di beberapa tempat dan itulah sebabnya kami berada pada kedudukan ini.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...