Barcelona mengintai peluang untuk mendapatkan Didier Drogba menerusi perpindahan percuma dari Chelsea.
Gergasi bola sepak Sepanyol itu bersedia menawarkan Drogba, 34,  kontrak dua tahun bernilai 5 juta pound (RM24.8 juta) semusim jika dia  meninggalkan Chelsea. Sebelum ini, Drogba dikatakan mahu berpindah ke  China, Milan atau pun Amerika Syarikat.
Chelsea turut menawarkan penyerang tersebut perjanjian dua tahun  dalam usaha pemilik kelab Roman Abramovich mengekalkan Droga bersama Blues.
Namun Drogba, yang kontraknya telah berakhir mungkin meninggalkan Blues selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Ahad ini.
Walaupun berpindah ke Shanghai FC mungkin satu langkah yang jauh  lebih menguntungkan, tarikan bermain bersama Lionel Messi dan rakan  sepasukannya yang lain sukar untuk ditolak oleh bintang Ivory Coast itu.
Sumber Barcelona mengesahkan: "Apa yang Barca perlukan ialah seorang  pemain penyerang. Kehadirannya mampu mengkucar-kacirkan pertahanan  lawan.
"Drogba memiliki ciri-ciri tersebut dan merupakan antara pemain yang kami mahukan."Drogba lapan musim di Stamford Bridge dan bos baru Barca, Tito  Vilanova yang menjadi pengganti Pep Guardiola mencari bintang penyerang  berkelas dunia bagi membantu David Villa.
Bintang Sepanyol itu tidak beraksi hampir keseluruhan musim kerana kecederaan kaki, tetapi dijangka cergas musim depan.
Gergasi Itali, AC Milan yang mahukan Drogba sejak sekian lama, turut  mengumumkan minat mereka selepas Chelsea menewaskan Barcelona pada  separuh akhir Liga Juara-Juara.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan