Liverpool menghukum kelemahan pertahanan Chelsea untuk mencatat  kemenangan 4-1 pagi tadi sekali gus sebagai membalas dendam ketika  tumpas pada final Piala FA Sabtu lalu dan mengetepikan skuad Blues  daripada tangga keempat Liga Perdana Inggeris. 
Tiga hari selepas Chelsea menundukkan Liverpool 2-1 pada aksi di  Wembley, the Reds menguasai perlawanan sejak wisel permulaan pada  perlawanan terakhir di gelanggang sendiri musim ini dan berada di depan  3-0 dalam tempoh hanya 30 minit.
Ketika Steward Downing tersasar sepakan penalti sebelum babak pertama  berakhir dan Ramires merapatkan jurang dengan gol buat Chelsea pada awal  babak kedua, Jonjo Shelvey memanfaatkan kesilapan penjaga gawang, Ross  Turnbull dengan jaringan sulung peribadi buat Liverpool.[sumber]
Arulchelsea: aku ingatkan RDM nak buru tangga ke 4,rupanya dia tumpu kat final UCL.. tu pasal la bungkus 4-1.. nak tak nak kena menang la final nanti...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 Pengulas Sukan:
Pastuh ramai haters dok kutuk Chelsea. Aku sabar je. Mintak2 menang UCL nanti, biar haters tutup mulut!
Catat Ulasan