Kejayaan Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara masih belum menerbitkan perasaan puas bagi pemilik The Blues, Roman Abramovich.
Sebaliknya, ahli perniagaan dari Rusia itu menganggap kejayaan  tersebut sebagai satu permulaan buat Chelsea mendakap lebih banyak trofi  kejuaraan, khususnya di pentas Eropah.
Secara terbuka, Abramovich mahu memastikan sekurang-kurangnya empat  koleksi trofi Liga Juara- Juara berada dalam genggaman mereka selepas  ini.
"Abramovich telah memberitahu para pemain bahawa kejayaan merangkul  trofi Liga Juara-Juara awal pagi kelmarin hanyalah disifatkan sebagai  satu detik permulaan.
"Terdapat begitu banyak kelab yang tiga empat kali pernah menjuarai  Liga Juara-Juara sedangkan Chelsea hanya baru sekali sahaja memenangi  piala tersebut.
"Justeru, beliau mahu Chelsea untuk sekurang- kurangnya merangkul  trofi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali lagi selepas ini," kata  Pengerusi Chelsea, Bruce Buck.
Pada aksi final Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi kelmarin,  Chelsea berjaya menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi penentuan sepakan  penalti.
Untuk rekod, beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Bayern,  Barcelona dan Ajax Amsterdam telah merangkul trofi Liga Juara- Juara  sebanyak empat kali setakat ini.
Terdahulu, Abramovich yang memberikan bonus sebanyak £300,000 (kira-  kira RM1.48 juta) kepada setiap pemainnya turut menyertai perarakan  bersama skuad The Blues di hadapan lebih 80,000 penyokong mereka di sekitar ibu kota London semalam.
Dalam pada itu, Buck mengesahkan yang perbincangan berhubung kontrak  lanjutan penyerang, Didier Drogba bakal dimulakan minggu ini.
Namun pada masa sama, Buck mengakui, Chelsea sukar menyaingi tawaran  dua tahun bernilai £11 juta (kira-kira RM54.5 juta) yang dikemukakan  kelab China, Shanghai Shenhua bagi mendapatkan khidmat Drogba.
"Kami sayangkan Drogba, cuma kelab perlu melakukan sesuatu yang  terbaik buat kelab dan begitu juga dengannya (Drogba)," jelasnya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan