Penjaga gol Chelsea, Petr Cech merumuskan musim mereka sebagai ‘amat  gila’ selepas membantu Blues memenangi trofi Liga Juara-Juara kali  pertama selepas penentuan sepakan penalti penuh dramatik.
   Cech adalah seorang daripada hero Chelsea di Munich selepas dia  menyelamatkan sepakan penalti pada masa tambahan menerusi bintang  Bayern, Arjen Robben, kemudian menafikan sepakan penalti Ivica Olic dan  Bastian Schweinsteiger untuk memastikan kemenangan 4-3 ke atas Bayern  Munich ketika penentuan sepakan penalti.
Chelsea berada di ambang kekalahan selepas Bayern mendahului di Allianz Arena berikutan tandukan bintang Jerman, Thomas Mueller sebelum Didier Drogba menyamakan kedudukan buat Blues.
Dengan kedudukan terikat 1-1, Drogba kemudiannya menghadiahkan lawan sepakan penalti empat minit masa tambahan berlangsung.
Ia akhirnya diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti dan selepas Cech dua kali menyelamatkan percubaan Olic dan Schweinsteiger, tampil Drogba untuk menyepak masuk sepakan terakhir ketika Chelsea meraih kejuaraan Eropah sulung mereka.[sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan