31 Disember 2011

BPL: Chelsea vs Aston Villa

Malam ini chelsea akan menerima kunjungan Aston Villa .Selepas seri tiga perlawanan sebelum ini.. chelsea diharapkan dapat mengutip tiga untuk membaiki kedudukan seterusnya memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..Harap perlawanan terakhir untuk tahun 2011 ini  chelsea dapat mempamerkan aksi yang memberansangkan.Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 11.00 malam disaluran 812.

Chelsea dulu ,kini dan selamanya-Terry

Kapten Chelsea dan England, John Terry menegaskan mahu menamatkan keseluruhan kariernya bersama kelab London itu, menjelang pertembungan dengan Aston Villa di laman sendiri, hari ini.Pemain pertahanan tengah berusia 31 tahun itu menerima tekanan dari dalam dan luar padang musim ini selain turut dipersalahkan atas kerapuhan benteng Chelsea disebabkan taktik digunakan pengurus baru, Andre Villas-Boas.

28 Disember 2011

Chelsea Semakin sukar - AVB

Andre Villas-Boas mengakui harapan Chelsea untuk merebut gelaran Liga Perdana terjejas selepas keciciran mata di gelanggang sendiri apabila seri 1-1 dengan Fulham semalam.The Blues kini mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir. Biarpun seri menentang Tottenham di gelanggang lawan boleh dianggap keputusan yang baik namun kegagalan menewaskan Wigan dan Fulham amat mengecewakan Chelsea yang memburu kedudukan teratas.

Malouda akan ikut Ancelotti

Pemain sayap Perancis, Florent Malouda mempertimbangkan untuk meninggalkan Chelsea ekoran laporan Paris St. Germain merupakan destinasi pilihannya selepas khabar angin Carlo Ancelotti akan mengambil alih kelab pendahulu Ligue 1 itu.Malouda, yang lebih kerap menghuni bangku simpanan bersama Chelsea musim ini dan dengan kedudukannya dalam skuad Perancis ke Euro 2012 semakin terancam, menyebabkan pemain berusia 31 tahun itu terdesak untuk berpindah ketika musim perpindahan pemain Januari ini.

26 Disember 2011

CHELSEA 1 FULHAM 1

Apa sudah jadi...Chelsea seri buat kali yang ke 3 beturut2. Sebelum ini seri bertemu wigan diikuti tottentham dan rekod terburuk diteruskan lagi malam ini dengan seri bertemu fulham.Walaupum mendahului pada minit ke 47 dengan jaringan Juan mata tapi kelekaan pertahan sekali lagi menjadi punca  sehingga Clint Dempsey berjaya menjaringkan gol..

Chelsea Tak perlu ikut Liverpool

Chelsea menolak cadangan supaya pemain memakai baju-T dengan gambar John Terry, sebagai tanda menyokong ketua pasukan mereka yang berdepan tuduhan menghina perkauman ke atas pemain pertahanan QPR, Anton Ferdinand.Beberapa pemain dan kakitangan skuad Blues mengetengahkan usul supaya mereka memakai baju-T sebagai tanda sokongan terhadap ketua pasukan mereka itu.

Waspada kebangkitan Fulham - Cech

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak berpuas hati ketika mereka bersiap sedia untuk berdepan pasukan yang mengalami kejutan Fulham pada pertembungan derby, hari ini.Skuad Blues mungkin tiada masalah apabila berdepan Cottagers, yang mengalami kekalahan besar di laman sendiri 0-5 kepada Manchester United minggu lalu.

25 Disember 2011

Liverpool Pembohong - Torres

FERNANDO Torres akhirnya membuka mulut mengenai perpindahannya dari Anfield, mendakwa kelab itu berbohong kepadanya dan pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat hanya menabur janji palsu.Penyerang Chelsea itu mengakui kecewa dengan Fenway Sports Group sebelum perpindahan bernilai 50 juta (RM248.3 juta) ke Stamford Bridge, Januari lalu.

Perpindahan Torres dan Gary Cahill

Kelab Sepanyol, Malaga pula sudah menyediakan 30 juta pound (RM147.6) untuk membawa pulang Fernando Torres kembali ke negaranya. Jika itu berlaku, Chelsea bersedia meminjam penyerang Juventus, Milos Krasic sebagai ganti. Akhbar Daily Mirror bagaimanapun melaporkan Torres akan dipinjamkan ke AC Milan.

Terry bantu Chelsea ikat Spurs

Biarpun diejek sepanjang permainan, John Terry menunjukkan ketahanan mental yang kuat apabila hadangannya pada minit terakhir membantu Chelsea mengelak kekalahan di White Hart Lane, dan mengikat Tottenham 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.Pertahanan tengah Chelsea itu menghadang rembatan tepat Emmanuel Adebayor pada masa kecederaan untuk memastikan pelawat pulang bersama satu mata dalam penampilan sulungnya sejak didapati bersalah melakukan serangan perkauma.

21 Disember 2011

Malouda dan Kalou berhijrah ke Russsia?

Dua pemain Chelsea ,Malouda dan Kalou menjadi sasaran untuk berhijrah ke russia.Menurut laporan Anzhi Makhachkala mahukan Malouda dan bersedia membayar pemain perancis berusia 31 tahun itu $150,000 (RM744,000) seminggu manakala Lokmotiv Moscow berminat dengan Kalou 26 dengan menawarkan gaji $120,000(RM596,000) seminggu.

Harapan terakhir Torres

FERNANDO Torres mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan kariernya di Chelsea bulan depan.Didier Drogba dan Salomon Kalou akan menyertai skuad negara mereka, Ivory Coast dalam Piala Negara-Negara Afrika, sekurang-kurangnya empat minggu. 

Terry boleh beraksi lawan Spurs

Kapten Chelsea, John Terry dilaporkan boleh beraksi dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur bagi saingan Liga Perdana England pada awal pagi Jumaat ini.Sebelum ini, kelibat Terry pada perlawanan yang bakal berlangsung di White Hart Lane itu menjadi tanda tanya selepas dia mengalami kecederaan lutut.

20 Disember 2011

Cech akui kesilapan

Peter Cech mengakui dia sepatutnya berupaya mengelak gawangnya daripada dibolosi yang menyebabkan Chelsea dinafikan tiga mata di Wigan, Sabtu lalu.Penjaga gol skuad Blues itu gagal menangkap kemas cubaan yang sepatutnya mudah daripada Hugo Rodallega pada minit ke-88, sekaligus membenarkan Jordi Gomez untuk menolak masuk dan mencuri satu mata di Stadium DW.

19 Disember 2011

Chelsea seri bertemu Wigan

Jurulatih Chelsea, Andre Villas-Boas mempertahankan bahawa keyakinan pasukannya tidak tergugat selepas sekadar mencatat keputusan 1-1 menentang Wigan, kelmarin.Blues memiliki peluang untuk merapatkan jurang empat mata dengan peneraju liga, Manchester City di DW Stadium setelah mendahului menerusi jaringan Daniel Sturridge.

17 Disember 2011

Drogba Dalam Misteri

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui masa depan Didier Drogba di Chelsea tidak ketentuan namun menegaskan Fernando Torres tidak akan berhijrah ke kelab lain.Prospek kedua-dua pemain itu kekal di kelab itu diragui dengan Drogba dijangka menuruti jejak langkah Nicolas Anelka ke China manakala wujud spekulasi Blues bersedia menanggung kerugian ke atas pembelian Torres.

Mata terus sokong AVB

JUAN Mata berkata semua pemain Chelsea menyokong penuh pengurus mereka, Andre Villas-Boas, malah pemain tengah itu percaya kelab itu kembali menemui sentuhan mereka dalam Liga Perdana Inggeris, selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester City di laman sendiri.

16 Disember 2011

Undian Pusingan kedua Champion League 2011/12

Cabaran sukar buat chelsea apabila di undi bertemu Napoli dalam saingan Liga juara2.Dengan dibarisi pemain seperti Cavani, Hamsik dan Lavezzi chelsea perlu memantapkan pasukan sebelum bertandang ke Napoli 14 feb tahun depan.

Chelsea Mahu Jual Torres

Chelsea bersedia menjual penyerang bernilai 50 juta (RM246 juta), Fernando Torres yang gagal menyerlah ketika pasaran perpindahan pemain bulan depan.Penyerang yang menerima gaji 150,000 (RM740,000) seminggu itu hanya menjaringkan tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak berpindah ke Stamford Bridge dari Liverpool pada 31 Januari lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...