Pemilik Chelsea, Roman Ab- ramovich dilaporkan bakal memecat  pengendali sementara skuad The Blues, Roberto Di Matteo meskipun berjaya  merangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini.
Masa depan Di Matteo di Stamford Bridge masih belum pasti meskipun  beliau berjaya membantu Chelsea menjulang trofi Piala FA dengan  menewaskan Liverpool 2-1 di Stadium Wembley, Ahad lalu.
Sumber dalaman Chelsea memberitahu, Abramovich bersedia untuk membawa  masuk jurulatih yang hebat bagi mengendalikan Chelsea musim depan.
Namun, situasi itu tidak menggugat konsentrasi Di Matteo yang berazam  mahu membuktikan kehebatannya pada aksi menentang Bayern Munich di  Stadium Allianz Arena, 20 Mei ini.
"Di Matteo dijangka akan memberikan aksi yang terbaik pada pertemuan  menentang Bayern itu walaupun sedar beliau belum pasti kekal sebagai  pengurus Chelsea," menurut sumber itu.
Ketika ini, kedudukan Di Matteo masih belum selamat apabila beliau tidak diberikan kata putus oleh pihak penguru- san kelab.
"Ketika memohon jadual latihan musim depan, Di Matteo hanya diberikan  jadual untuk jangka pendek. Sebab itu, Di Mat- teo tahu khidmatnya  mungkin tidak diperlukan.
"Sudah tentu beliau kecewa, terutamanya selepas berjaya memulihkan  semula reputasi skuad The Blues sebaik mengambil alih jawatan Andre  Villas Boas.
"Kejayaan menjulang trofi Piala FA cukup istimewa tetapi secara asasnya, tidak ada apa yang berubah," katanya.
Abramovich sebelum ini dilaporkan bersedia membawa masuk bekas  jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, Laurent Blanc (Perancis) dan juga  bekas jurulatih England, Fabio Capello sebagai pengurus ketujuh Chelsea  dalam tempoh lapan tahun. -[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan