15 Julai 2012

Keluarga Capello gembira Terry tidak bersalah

Bekas pengendali England, Fabio Capello gembira pendiriannya mempercayai John Terry tidak bersalah selagi hukuman belum dijatuhkan adalah tepat meskipun beliau terpaksa kehilangan kerja bernilai £6 juta (RM2.1 juta) setahun Februari lalu.

Anak lelaki Capello, Pierfilippo dipetik berkata, mereka sekeluarga gembira apabila membaca berita mengenai keputusan mahkamah yang mendapati bekas Kapten England, John Terry tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.

"Secara peribadi, sebagai seorang peguam keputusan tersebut sudah dijangka sejak dari mula pertuduhan itu dibuat,” katanya.

Capello meletakkan jawatan lima bulan lalu sebagai tanda protes selepas Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) melucutkan peranan Terry sebagai Kapten England meskipun isu rasis terhadap Ferdinand masih pada peringkat awal.

Kini, pembebasan Terry atas pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Majistret Westminster dilihat menjatuhkan kredibiliti FA terutama apabila keputusan mereka terhadap Terry dan juga Capello dilihat sebagai terburu-buru dan tidak adil.

Kelmarin, Terry didapati tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap Ferdinand ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Loftus Road, Oktober tahun lalu oleh Majistret Howard Riddle meskipun Terry mengakui ada menggunakan kata-kata kesat.

Menurut Riddle, bukti-bukti yang dikemukakan oleh Ferdinand ke atas Terry tidak mempunyai alasan yang kukuh dan bukti pendakwaanyang diperkatakan oleh Ferdinand tidak kuat.

“Mungkin apa yang Terry ingin katakan tidak berbaur penghinaan dan Ferdinand tersalah anggap apa yang dikatakan oleh Terry," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...