Michael Ballack menganggap Chelsea sebagai pasukan bukan pilihan  pada final Liga Juara-Juara awal pagi esok namun menegaskan mereka  mungkin boleh melakukan kejutan ke atas Bayern Munich.
   Ballack, bekas kapten Jerman, menghabiskan empat tahun bersama  kedua-dua kelab itu dan menjadi sebahagian daripada skuad Blues yang  tumpas menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Manchester United  dalam satu-satunya penampilan mereka pada final pada 2008.
Pemain berusia 35 tahun itu mengesahkan Bayern akan tampil sebagai pasukan pilihan bagi pertembungan awal pagi esok, kerana ia dilangsungkan di gelanggang mereka sendiri, Allianz Arena, namun enggan menafikan peluang Chelsea selepas persembahan hebat mereka pada separuh akhir mengatasi Barcelona.
   “Sudah tentu, Chelsea boleh melakukan kejutan, mereka melakukannya ketika menjinakkan Barcelona,” kata Ballack.
“Semuanya menjurus kepada Bayern sebagai pilihan, mereka bermain di gelanggang sendiri yang menjadi satu kelebihan besar bagi satu perlawanan akhir.”[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan