Pemain Chelsea telah menunjukkan isyarat jelas  bahawa mereka mahukan Roberto Di Matteo menjadi jurulatih sepenuh masa  selepas berjaya membawa pulang trofi Liga Juara-Juara yang sangat  diidamkan pemilik kelab, Roman Abramovich ke Stamford Bridge, semalam.
Chelsea menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 ke atas Bayern  Munich di Allianz Arena, selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
Kejuaraan pertama Chelsea di peringkat Eropah seakan tidak akan  berlaku selepas ketinggalan 1-3 kepada Napoli dalam peringkat kalah mati  tetapi Di Matteo yang menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat  adalah pencetus segalanya.
Dia bangkit menewaskan kelab Itali itu, kemudian menang ke atas  Benfica dan seterusnya menyingkirkan penyandang juara, Barcelona.
Ditanya sama ada Di Matteo sepatutnya mendapat tugasan tersebut  secara tetap, ketua pasukan, John Terry berkata, pengendali sementara  itu sepatutnya dikekalkan.
Penjaga gol, Petr Cech yang menyelamatkan sepakan penalti Arjen  Robben pada masa tambahan selepas Didier Drogba memadamkan gol  pendahuluan Thomas Mueller turut sependapat dengan Terry.
"Apa yang akan berlaku kepadanya, dia telah pun berjaya meraih dua  piala. Dia telah melakukan segalanya untuk mendapat jawatan tersebut  tetapi pihak atas akan menentukannya," kata penjaga gol Republik Czech  itu.
Ketua pasukan pada perlawanan tersebut, Frank Lampard berkata, Di Matteo telah membantu menukar hala tuju pasukan musim ini.
"Ia bukan persoalan sekarang ini. Dia telah membawa kami daripada  pasukan yang sedang bergelut menjadi juara Liga Juara-Juara, jadilah  lihatlah pencapaiannya," kata Lampard.
Kelab dari London itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di  tempat keenam, kedudukan paling teruk bagi mereka selepas sedekad tetapi  memenangi Liga Juara-Juara membolehkan mereka beraksi pada kejohanan  Eropah itu musim depan.
Media juga melaporkan Chelsea dikaitkan dengan bekas pengendali  England, Fabio Capello dan Di Matteo serta Abramovich tidak bercakap  mengenai perkara tersebut secara terbuka.
"Saya sangat menyukai saat ini. Saya tidak mahu bercakap tentang  jawatan," kata Di Mattei yang juga adalah bekas pemain tengah Chelsea.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan