Kapten Chelsea, John Terry menggesa rakan sepasukannya agar mencipta  kemenangan yang bermakna kepada The Blues bagi memberi peluang kepada  Roberto Di Matteo untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali di  kelab itu.
  Ini kerana, kemenangan di halaman sendiri itu awal pagi esok akan  mencerahkan masa depan  Di Matteo untuk kekal sebagai pengurus The  Blues.
  "Dengan membawa kejayaan ini kepada Chelsea, ia akan memberi kedudukan yang baik kepada Di Matteo," kata Terry.
  Sebelum ini beliau dilantik selaku pengendali sementara di Stamford Bridge selepas pemiliknya memecat Abdre Villa-Boas.
  Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan ini dilihat Chelsea mempunyai  harapan untuk membenam Liverpool apabila telah memenangi Lima daripada  sembilan perlawanan Piala FA dengan Liverpool.
  Pada masa sama, Terry turut memuji perubahan yang dilakukan oleh  Roberto Di Matteo kepada kelab Chelsea dimana ia telah membantu kelab  itu mencapai peringkat cemerlangsehingga layak ka final Piala FA, Liga  Juara-juara dan perebutan untuk menamatkan musim ini dengan kedudukan  keemoat teratas Liga Perdana Inggeris.
  "Beliau seorang yang bersemangat, malah seorang pengurus yang baik untuk terus kendalikan kelab ini," tambah Terry.
  Bagaimanapun Terry tetap yakin Chelsea berada di prestasi yang terbaik  untuk menewaskan Liverpool berikutan The Reds kini mengalami musim yang  buruk setelah tewas tujuh perlawanan Liga yang sebelum ini dilihat   kalah 1-0 ditangan Fulham.
  Bagaimanapun, Di Matteo tetap menganggap masa depannya di kelab itu  adalah tidak penting buat masa sekarang kerana perkara yang perlu  diutamakan adalah menjelang perlawanan antara Chelsea dengan Liverpool.
  "Saya hanya memikirkan mengenai perlawanan esok sahaja dan berharap dapat membawa balik Piala FA.
  "Mengenai masa depan di Stamford Bridge, biar pihak pengurusan Itali yang uruskan dan buat kepuusan," tegas Di Matteo.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan