Chelsea tidak takut untuk berdepan Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, 20 Mei ini.
Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo menegaskan, kemenangan  ke atas Barcelona pada aksi separuh akhir lalu membuktikan bahawa mereka  mampu menewaskan pasukan terbaik di Eropah.
Chelsea dilabel sebagai pasu- kan bukan pilihan pada aksi final kerana skuad The Blues dalam misi menjadi juara Eropah buat pertama kalinya dalam sejarah kelab itu.
Bagaimanapun, Di Matteo yang berjaya memulihkan maruah Chelsea sebaik  mengambil alih kelab itu daripada Andre Villas-Boas pada Mac lalu  berkata, para pemain akan beraksi dengan penuh yakin.
"Sekiranya kami berjaya memenangi kedua-dua perlawanan menentang  Barcelona, saya rasa kami mampu menewaskan mana-mana kelab terbaik di  Eropah.
"Mereka (Chelsea) patut menjadi sebuah pasukan yang hebat dan saya  rasa, kami memiliki kumpulan pemain yang menakjubkan, penuh dengan  kualiti dan keyakinan.
"Tahap keyakinan dan semangat mereka sangat tinggi," kata Di Matteo.Bagaimanapun, Chelsea sedar sekiranya mereka gagal menewaskan Bayern, skuad The Blues  tidak akan bermain pada kempen Liga Juara-Juara musim depan selepas  menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini di kedudukan keenam.
Namun, kekecewaan dalam kempen liga domestik selepas gagal  menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik buat pertama  kalinya sejak tahun 2004 sedikit terubat setelah memenangi trofi Piala  FA minggu lalu. 
 Kini, Chelsea dalam misi memburu trofi berganda dengan memenangi gelaran Liga Juara-Juara.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan