Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo yang membawa Blues  memperoleh kejuaraan Liga Juara-Juara terkejut apabila menjadi sasaran  Aston Villa untuk mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Skuad bimbingan Di Matteo berjaya menjulang trofi Eropah selepas  menang melalui penentuan sepakan penalti menentang Bayern Munich pada  Ahad lalu, namun sehingga kini masa depannya masih belum pasti untuk  terus bersama Chelsea.
Malah Di Matteo dijangka mendapatkan kepastian berhubung kedudukannya  ketika ini melalui perbincangan bersama pemilik Chelsea, Roman  Abramovich minggu ini.
Seandainya Di Matteo tidak dapat meneruskan tugasnya di Stamford  Bridge pihak pengurusan Villa sedia mendapatkan warga Itali itu.
Sebelum kemenangan Ahad lalu, Abramovich disarankan dengan idea untuk mengekalkan Di Matteo sebagai pengurus tetap Blues.
Meskipun telah menjuarai Piala FA dan Liga Juara-Juara namun  Abramovich masih lagi dengan sikap berdiam diri terhadap desakan  penyokong dan pemain Chelsea yang bersatu di belakang Di Matteo.
Sementara itu pengerusi, Bruce Buck mengesahkan Abramovich merancang untuk berbincang bersama Di Matteo.
Namun difahamkan tiada seorang pun mengetahui apa yang bermain  difikiran Abramovich kerana sebelum ini dia pernah merancang untuk  membawa Pep Guardiola atau bekas pengurus Jose Mourinho ke Stamford  Bridge.
"Saya rasa ketika ini kami tidak fikirkan apa yang bakal berlaku."Kami cuma fikirkan tentang apa yang terbaik buat Chelsea ketika ini," kata Buck.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan