Didier Drogba diberi peluang terakhir untuk menandatangani kontrak baru dengan Chelsea.
Pemain itu telah pun menolak tawaran kontrak baru selama setahun  berdasarkan gaji semasa iaitu 100,000 pound (RM493,000) seminggu.
Namun Chelsea sedia memberikan pilihan untuk lanjutan kontrak selama  12 bulan jika pemain berusia 34 tahun itu terus cemerlang pada musim  depan.
Blues berharap tolak ansur sudah memadai untuk menyakinkan  Drogba supaya menolak tawaran gaji 200,000 pound seminggu (RM898,000)  berpindah ke China dan menamatkan kariernya bersama kelab London itu.
Sumber kelab berkata: "Semua orang berharap supaya Didier kekal di  sini. Dia harus realistik dengan permintaannya jika dia mahu terus  bermain pada tahap tertinggi."
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang akan menjadi pemain bebas  pada hujung bulan ini, telah dijanjikan pakej 20 juta pound (RM99 juta)  untuk beraksi di China sehingga 2014.
Walaupun dia setuju untuk kekal, Chelsea tetap cuba untuk mendapatkan  penyerang Napoli, Edinson Cavani atau pemain Real Madrid, Gonzalo  Higuain.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan