Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan

21 Mei 2013

Benitez tinggalkan skuad mantap

Rafael Benitez menegaskan, dia meninggalkan Chelsea sebagai sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas mengakhiri khidmatnya selama enam bulan dengan kemenangan 2-1 ke atas Everton semalam dan memastikan tempat ketiga liga.

16 Mei 2013

Chelsea julang Piala Liga Europa

Gol masa kecederaan Branislav Ivanovic membantu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menjuarai kejohanan Liga Europa selepas menundukkan Benfica 2-1 pada perlawanan akhir, awal pagi tadi.

11 Mei 2013

Terry, Lampard bakal digugurkan?

John Terry dan Frank Lampard mungkin berdepan detik paling mengecewakan di Chelsea apabila bersedia untuk diketepikan daripada perlawanan akhir Liga Europa, minggu depan. 

1 Mei 2013

Mourinho hampir pasti kembali semula ke chelsea

Jose Mourinho terus memberi bayangan akan meninggalkan Real Madrid pada akhir musim ini untuk kembali ke England.

Benitez Fokus Basel sebelum United

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez menuntut anak-anak buahnya supaya lebih fokus ketika berdepan kelab Switzerland, FC Basel dalam aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Stamford Bridge awal pagi Jumaat ini.

28 April 2013

Terry tetap setia bersama Chelsea

John Terry berjanji kepada peminat Chelsea dia tidak akan menyertai kelab lain di England.Kapten Blues itu menegaskan dia sudah pasti di Stamford Bridge musim depan, biarpun itu bermakna dia akan berada di bangku simpanan selama setahun.

26 April 2013

Mourinho, Falcao kembali sertai Chelsea

Jose Mourinho berhasrat untuk membawa masuk bintang Atletico Madrid, Radamel Falcao yang bernilai 53 juta pound (RM246 juta) bersamanya ke Chelsea pada musim panas ini.

21 April 2013

Benitez, Terry OK

Satu lagi perkhabaran kurang enak kedengaran dalam kem Chelsea. Ia melibatkan hubungan pengurus, Rafael Benitez dan John Terry yang dikatakan semakin renggang.

20 April 2013

Luiz kapten masa depan Chelsea

Kapten Chelsea, John Terry percaya David Luiz memiliki ciri-ciri kepimpinan diperlukan untuk menjadi ketua pasukan pada masa akan datang.

Terry kecam Benitez

 Kapten Chelsea John Terry tidak puas hati selepas Rafa Benitez mendakwa dia tidak cergas.Pengurus sementara Chelsea itu mendakwa Terry jarang diturunkan kerana kerap tidak turun latihan.

19 April 2013

Belum ada jaminan buat Terry - Benitez

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez memberitahu kapten Blues, John Terry bahawa tiada jaminan dia akan berada dalam kesebelasan utama apabila menentang Liverpool, walaupun menjaringkan dua gol ketika menewaskan Fulham 3-0 di Craven Cottage, semalam. 

14 April 2013

Misi balas dendam

CHELSEA bertekad untuk tidak mengulangi kekalahan kepada Manchester City menjelang pertembungan separuh akhir Piala FA di Wembley, malam ini.

Chelsea sedia sambut Mourinho

 JOSE Mourinho hampir pasti kembali ke Chelsea selepas kelab itu mengalu-alukan kedatangannya ke Stamford Bridge.

Chelsea tidak mahu ambil risiko

Chelsea masih belum memutuskan sama ada bersedia menurunkan Demba Ba pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City di Stamford Bridge, Ahad ini.

8 April 2013

Tiga syarat Mourinho bimbing The Blues

Media Inggeris melaporkan, Jose Mourinho meletakkan beberapa syarat sebelum mahu kembali membimbing kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

7 April 2013

Torres tetap setia bersama Chelsea

Fernando Torres, semalam berikrar bahawa dia akan terus setia bersama Chelsea sekurang-kurangnya sehingga 2016.

1 April 2013

Dua misi berbeza Benitez malam ini

Selain menempah slot ke separuh akhir Piala FA, pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez bertekad untuk menamatkan 'permusuhan' bersama pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

30 Mac 2013

Chelsea kejar tempat kedua

Rafael Benitez menegaskan, Chelsea masih boleh meraih kedudukan kedua dalam Liga Perdana Inggeris menjelang kunjungan mereka ke Southampton, hari ini yang menandakan permulaan perjuangan The Blues.

20 Mac 2013

Arsenal nak sambar Cech?

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech menjadi salah seorang pemain yang menjadi antara pilihan utama Arsenal untuk menggantikan Wojciech Szczesny musim depan mengikut laporan akhbar harian England, Daily Mail.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...