Pemain baru Real Madrid, Michael Essien yakin dia mampu mengatasi  pelbagai kecederaan serius yang dialami sebelum ini dan bersedia  bersaing merebut tempat dalam kelab yang bersaing dalam La Liga itu  selepas pemain Chelsea itu melengkapkan perpindahan sebagai pemain  pinjaman minggu lalu.
   Pemain tengah serba boleh Ghana berusia 29 tahun itu beraksi di  bawah kendalian jurulatih Real, Jose Mourinho di kelab London itu dan  menganggap pengurus kelahiran Portugal itu sebagai “bapa”, terbang ke  ibu negara Sepanyol itu dan lulus pemeriksaan kesihatan kelmarin.
“Real Madrid tidak akan mengambil saya jika tidak bersedia,” katanya.“Bapa (Mourinho) amat mengenali saya, beliau membawa saya ke Chelsea dan beliau tahu saya mampu beraksi di mana-mana posisi yang dimahukan, kecuali penjaga gol.”
 Kempen musim 2011-12 Essien  dimusnahkan dengan kecederaan lutut yang dialami pada pramusim, terakhir  dalam tiga kecederaan serius dalam tempoh beberapa tahun dan dia  bergelut untuk kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama Chelsea  selepas kembali.
Mourinho membawa Essien ke skuad Real bagi menggantikan pemain tengah Perancis, Lassana Diarra yang melengkapkan perpindahan ke kelab mewah Russia, Anzhi Makhachkala.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan