30 September 2012

Arsenal 1 Chelsea 2 - Highlight

Chelsea mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana England selepas menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Emirates semalam.

29 September 2012

Ujian getir Terry

Kapten Chelsea, John Terry berdepan satu lagi ujian apabila pendahulu Liga Perdana itu bertandang ke Arsenal, malam ini, perlawanan besar pertama juara Eropah itu pada musim ini.

Taylor gesa Terry terima hukuman

Bekas pengurus England, Graham Taylormenggesa kapten Chelsea, John Terry supaya menerima penggantungan empat perlawanan kerana salah laku perkauman dan mengakhiri kontroversi yang menghantui bola sepak Inggeris hampir setahun lalu.

28 September 2012

Isu rasis: Mourinho pertahan John Terry

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho mempertahankan John Terry berhubung isu membuat kenyataan berbaur rasis dan menegaskan bekas kapten England itu "tidak bersifat perkauman."

Pemain QPR kecam ‘hukuman ringan’ ke atas Terry

RENTETAN hukuman digantung empat perlawanan dan denda ke atas John Terry, pemain tengah Queens Park Rangers (QPR), Joey Barton mengecam Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) bertindak tidak adil dan menyifatkannya sebagai “terlalu ringan” dan “bermain sandiwara.”

Kenyataan rasis: John Terry digantung 4 perlawanan

Bekas Kapten England, John Terry digantung empat perlawanan dan didenda $356.000 kerana didapati bersalah atas tuduhan membuat kenyataan berbaur rasis terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.

Lembaran baru Marko Marin

Marko Marin puas apabila diberi peluang menyarung jersi Chelsea selama 20 minit, Selasa lalu dan kini mengalihkan perhatiannya terhadap perlawanan menentang Arsenal hujung minggu ini.

Terry kekal positif

Penolong jurulatih Chelsea, Eddie Newton yakin yang kapten, John Terry kekal positif untuk mengharungi saingan musim ini.

27 September 2012

Piala Liga:Chelsea jumpa MU dipusingan ke 4

Menjelang saingan Piala Liga yang memasuki perlawanan keempat, pertemuan antara Chelsea dan Manchester United (MU) pastinya akan menjadi tumpuan seluruh dunia.

Chelsea buat keputusan tepat senaraikan Terry

Chelsea membuat keputusan yang tepat apabila menyenaraikan kapten, John Terry ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 6-0 pada aksi pusingan ketiga Piala Liga awal pagi semalam. 

26 September 2012

Sukar mencari pengganti Terry

Sama ada anda menyukainya atau tidak, sukar untuk menafikan kebolehan John Terry sebagai bek tengah banyak membantu England dalam tempoh sembilan tahun ini.

Roy Hodgson kecewa terry bersara

Rio Ferdinand mungkin dipanggil oleh pengurus England, Roy Hodgson menggantikan John Terry yang menyatakan hasrat bersara.

Chelsea pilihan ke dua Hazard

Bintang Chelsea, Eden Hazard mungkin menyertai Tottenham jika kelab itu layak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini.

FA England nafi punca Terry bersara

Persatuan Bola Sepak (FA) England menolak dakwaan pemain pertahanan Chelsea, John Terry yang kononnya siasatan terhadap tuduhan perkauman memaksa pemain terbabit bersara daripada arena antarabangsa.

Chelsea 6 Wolves 0 - Highlights

Kehadiran bekas kapten England, John Terry yang muncul selepas beberapa jam menghadiri perbicaraan disiplin ke atasnya, mencetus kemenangan besar Chelsea menewaskan Wolves 6-0 dalam saingan Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

25 September 2012

Terry bertemu Ferdinand di Wembley

John Terry dan Anton Ferdinand bertemu di Wembley kelmarin bagi mendengar dakwaan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris berhubung serangan berbaur perkauman kapten Chelsea itu ke atas pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand.

24 September 2012

Terry bersara dari wakili negara


Bekas kapten England, John Terry  mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak antarabangsa apabila insiden kenyataan rasis terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dikatakan mengganggu kariernya.

Pulis tuduh Ivanovic, Oscar 'berlakon'

Pengendali Stoke City, Tony Pulis mengecam tindakan Branislav Ivanovic dan Oscar selepas pemain berkenaan cuba mempengaruhi keputusan pengadil sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan di Stamford Bridge, kelmarin.

Di Matteo mahu A.Cole kekal

Roberto Di Matteo menggesa Ashley Cole supaya menandatangani kontrak baru bersama Chelsea selepas pertahanan England itu menjaringkan gol tunggal kemenangan ketika kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris mengatasi Stoke 1-0 di Stamford Bridge, kelmarin.

Luiz ikat kontrak baru

Pertahanan Chelsea, David Luiz menandatangani kontrak baru lima tahun dengan juara Eropah itu, kelmarin.

Ada sebab pinggirkan Terry, Lampard - RDM

Roberto Di Matteo mempertahankan keputusannya meminggirkan John Terry dan Frank Lampard selepas Chelsea bergelut untuk meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Stoke di Stamford Bridge, kelmarin.

23 September 2012

Bpl :Chelsea 1 stoke 0 - highlights

Chelsea terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan stoke city 1 - 0 ditempat sendiri.Gol tunggal Chelsea  dijaringkan oleh Ashley Cole minit ke-85.

21 September 2012

Roberto Di Matteo kecewa chelsea seri

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo menanti dengan penuh debar mengenai nasib pemain tengah Brazil, Oscar selepas pemain itu mempamerkan persembahan hebat membantu juara bertahan itu seri 2-2 dengan Juventus pada perlawanan pembukaan Kumpulan E Liga Juara-Juara, semalam.

20 September 2012

Champions League Highlights : Chelsea 2-2 Juventus

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea gagal meraih bekalan selesa apabila hanya terikat seri 2-2 dengan pasukan Juventus di Stadium Bridge.

Chelsea tawar Fellaini RM124 juta

Kelab gergasi England, Chelsea dilaporkan sedia membida pemain tengah Everton, Marouane Fellaini pada Januari depan.

19 September 2012

Sukar pertahan gelaran juara - Di Matteo

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo sekali lagi mengingatkan anak-anak buahnya bahawa mereka tampil sebagai penyandang juara dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

16 September 2012

QPR 0 Chelsea 0 - Anton terlalu angkuh


Perseteruan antara Kapten Chelsea, John Terry dengan pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand terus menjadi perhatian apabila Ferdinand enggan bersalaman dengan Terry sebelum perlawanan di Stadium Loftus Road, malam tadi.

14 September 2012

Permusuhan Terry , A.cole, Rio dan Anton berterusan

Pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand bersedia untuk tidak berjabat dengan Ashley Cole sebelum perlawanan menentang Chelsea di Loftus Road.

Mikel tetap pertahan kubu Chelsea

John Mikel Obi mengakui dia masih tidak tahu bilakah kemarau jaringannya selama lima tahun akan berakhir tetapi dia masih menjadi harapan pasukannya untuk mempertahankan kubu mereka.

11 September 2012

Lampard belum fikir bersara

Pemain tengah England, Frank Lampard tidak pernah terfikir untuk menamatkan karier bola sepak di peringkat antarabangsa.

Lampard yakin tanpa Terry

Frank Lampard yakin ketiadaan John Terry pada perlawanan menentang Ukraine awal pagi esok tidak menjejaskan hasrat England untuk mengekalkan rekod bersih 100 peratus bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

8 September 2012

Falcao - Chelsea atau Real?

Penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao memulakan musim ini seperti dia mengakhiri musim lalu dengan prestasi cemerlang tetapi cakap-cakap mengenai penyerang Colombia itu meninggalkan Calderon semakin kencang, malah bapanya turut mempunyai peranan terhadap perkembangan itu.

Ashley Cole tetap bersama chelsea

Chelsea yakin mencapai kata persetujuan bersama Ashley Cole dalam perbincangan kontrak baru bintang England itu.

5 September 2012

Cole terlepas aksi kelayakan Piala Dunia

ASHLEY Cole akan terlepas perlawanan menentang Moldova pada pusingan kelayakan Piala Dunia, Jumaat ini.

4 September 2012

Shanghai tolak spekulasi jual Drogba

Shanghai Shenhua tidak akan melepaskan Didier Drogba meskipun terdapat laporan awal mengatakan jodoh penyerang Ivory Coast itu bersama kelab berkenaan telah berakhir.

3 September 2012

Falcao akan sertai Chelsea

Penyerang Colombia, Radamel Falcao yang meledak hatrik bertemu juara Eropah, Chelsea pada perlawanan Piala Super Eropah mungkin akan menyertai kelab London itu pada Januari.

Mourinho kenali saya: Essien

Pemain baru Real Madrid, Michael Essien yakin dia mampu mengatasi pelbagai kecederaan serius yang dialami sebelum ini dan bersedia bersaing merebut tempat dalam kelab yang bersaing dalam La Liga itu selepas pemain Chelsea itu melengkapkan perpindahan sebagai pemain pinjaman minggu lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...