Pertahanan tengah Chelsea, David Luiz dan Gary Cahill berharap akan  cergas sepenuhnya bagi pertembungan final Liga Juara-Juara menentang  Bayern Munich awal pagi Ahad ini selepas melengkapkan latihan penuh  pertama berikutan kecederaan hamstring.
“Saya terlalu gembira kembali ke padang latihan,” kata Luiz selepas  latihan kelmarin. “Saya mengharungi latihan penuh dan amat gembira  dengan situasi ini.” Cahill menambah: “Ada beberapa perkara perlu  dilakukan dua atau tiga hari menjelang perlawanan supaya saya cergas  sepenuhnya.
“Jika perlu melakukan latihan lanjut, saya akan lakukannya. Tapi saya berasa bagus,” katanya.Luiz tidak beraksi sebulan manakala Cahill, pemain antarabangsa England, terlepas lima perlawanan terakhir kerana kecederaan sama.
Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo berharap beliau dapat mengelak apa yang dianggapnya sebagai “senario paling buruk” dengan pemain simpanan dan pemain muda berada di bangku pemain simpanan bagi final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, awal pagi Ahad ini.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan