Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo melahirkan rasa bangga  apabila anak buahnya berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk menjulang  trofi Liga Juara-juara buat kali pertama.
Pada perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia), Chelsea berjaya  membuat kejutan apabila mencatat kemenangan dramatik menerusi sepakan  penalti 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.
Kemenangan ini juga menyaksikan sejarah berulang apabila Chelsea  berjaya menumpaskan Bayern Munich buat kali kedua setelah melakukannya  pada 2005 di Stadium Stamford Bridge.
Kekalahan ini sekali gus memusnahkan impian Bayern Munich untuk  dinobatkan juara buat kali kelima dan mencipta kemenangan di halaman  sendiri.
Di Matteo berkata, walaupun masa depannya masih lagi samar sama ada  akan terus kekal ataupun tidak, namum beliau tetap berbangga dapat  membimbing pasukannya sehingga ke tahap terbaik.
"Saya gembira dengan corak permainan pada malam tadi. Apa yang saya rancang semuanya diikuti oleh pemain."Ini membuatkan kita mencapai apa yang kita inginkan," kata Di Matteo.
Tambah beliau, "pemain bermain dengan sangat baik, kebanyakan mereka  menunjukkan peningkatan luar biasa walaupun pada mulanya kita  ketinggalan 1-0."
"Namun, dengan ada sifat juang dalam diri, kami berjaya mencipta kemenangan dan nasib berpihak kepada kami."Apa-apa pun saya melihat ia satu perjuangan yang hebat dipamerkan oleh pemain," tambah Di Matteo.
Sementara itu, bagi pengurus Bayern Munich, Josef Heynckes, kekalahan  ini memberi pengajaran yang berharga kepada mereka agar pasukan itu akan  terus memperbaiki mutu permainan untuk menjadilebih baik pada masa akan  datang.
"Saya tidak nafikan peluang untuk kita menang semakin hampir, namun  kesilapan pertahanan membuatkan pasukan Chelsea berjaya membolosi gawang  gol pada minit ke-88.
"Ia satu keputusan yang mengecewakan saya sebagai pengurus yang ingin  melihat impian untuk dinobatkan juara kali kelima tercapai.
"Namun semuanya musnah apabila nasib memihak kepada Chelsea untuk  menang," kata Heynckes sambil menambah, "apa-apa pun kami akur kerana  corak permainan Chelsea sangat baik, mereka terus mengasak untuk  mencipta jaringan gol dan mereka layak untuk dinobatkan juara."[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan