Kapten Chelsea, Frank Lampard tidak pernah meragui keupayaan Blues  untuk menang pada penentuan sepakan penalti ketika menentang Bayern  Munich sekali gus merangkul gelaran Liga Juara-Juara yang pertama.
Penyerang veteran, Didier Drogba muncul sebagai wira Chelsea pada  perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi semalam apabila bintang  Ivory Coast itu menjaringkan gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan  1-1 selepas tamat 90 minit dan menjaringkan gol kemenangan pada  penentuan sepakan penalti.
Sebelum perlawanan akhir, jurulatih Bayern, Jupp Heynckes yakin Jerman mampu mengatasi lawan jika perlawanan ditentukan menerusi penalti dan pemain England, Lampard berkata dia tetap gembira sekiranya dapat meraikan kemenangan menewaskan Jerman menerusi sepakan penalti biarpun ia jarang berlaku.
“Saya berasakan kami mampu menang jika perlawanan ditentukan  menerusi penalti, anda tidak boleh tewas banyak kali,” kata pemain  berusia 33 tahun itu selepas Chelsea kalah pada perlawanan akhir Liga  Juara-Juara 2008 kepada Manchester United di Moscow menerusi penentuan  penalti.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan