Frank Lampard percaya kejayaan manis yang dikecapi pemain Chelsea  selepas meraih gelaran Liga Juara-Juara mampu membantu England meraih  kejayaan pada saingan Euro 2012.
   Lampard dan rakan sepasukan di Blues iaitu John Terry, Ashley  Cole, Gary Cahill dan Daniel Sturridge diberi lebih masa untuk berehat  oleh pengurus England, Roy Hodgson selepas mencatat kemenangan penuh  dramatik ke atas Bayern Munich.
Mereka tidak hadir ketika sesi latihan di bawah kendalian Hodgson untuk kali pertama di Manchester, kelmarin.
   Lampard berkata: “Ia bagus untuk pemain Chelsea kerana kami  mempunyai keyakinan lebih tinggi apabila menyertai skuad England bermula  minggu depan.
“England mempunyai skuad yang kuat dan kami akan menyertai mereka dengan penuh semangat.
“Jika kami dapat mempamerkan permainan, semangat dan keazaman yang sama ketika memenangi Liga Juara-Juara dalam skuad England, ia diharap dapat membantu kami pada saingan Euro nanti,” katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan