Ketua pasukan Chelsea, John Terry terlepas  kemenangan penentuan penalti kelab itu ke atas Bayern Munich dalam  perlawanan akhir Liga Juara-Juara semalam masih menganggapnya sebagai  detik terbaik kariernya.
Pertahanan tengah itu diketepikan daripada perlawanan di Allianz  Arena selepas dibuang padang dalam perlawanan kedua separuh akhir di  Barcelona.
"Ia satu perasaan yang hebat. Saya menanti lapan atau sembilan tahun  bagi detik ini dan ia melenyapkan segala kenangan buruk daripada  pertandingan ini. 
''Ia 100 peratus detik terbaik dalam karier saya," kata Terry selepas  Chelsea memenangi penentuan 4-3 ekoran seri 1-1 selepas 120 minit.
Menurut Terry, kemenangan mengejut di gelanggang sendiri Bayern menebus kekecewaan terdahulu dalam Liga Juara-Juara.
"Dulu kami tersingkir pada minit terakhir, kalah menerusi penalti  kepada Manchester United pada perlawanan akhir 2008 dan dua kali kalah  kepada Liverpool ketika separuh akhir tetapi kejayaan ini menanggalkan  bebanan daripada bahu setiap orang.
"Saya boleh terima hakikat saya tidak bermain kerana kami menang.  Hanya itu yang saya peduli kerana saya begitu prihatin dengan kelab bola  sepak ini," ujar Terry.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan