 Pengurus England, Roy Hodgson akan menamatkan teka-teki berhubung  nasib John Terry dan Rio Ferdinand apabila dia akan menamakan skuadnya  bagi Euro 2012, minggu depan.
Pengurus England, Roy Hodgson akan menamatkan teka-teki berhubung  nasib John Terry dan Rio Ferdinand apabila dia akan menamakan skuadnya  bagi Euro 2012, minggu depan.Kenyataan Persatuan Bola Sepak (FA) England mengesahkan skuad 23  pemain Hodgson bagi pusingan akhir di Poland dan Ukraine akan  dikeluarkan 16 Mei ini pada pukul 1 petang. Semua perhatian tertumpu  kepada keputusan pengurus itu berhubung Terry dan Ferdinand.
Hodgson, yang menggantikan Fabio Capello minggu lalu, berdepan keputusan rumit mengenai bek tengah veteran, Terry dan Ferdinand.
Ketua pasukan Chelsea, Terry menghadapi kes mahkamah pada Julai ini  berhubung tuduhan cacian perkauman terhadap adik Ferdinand, Anton ketika  perlawanan Liga Perdana menentang Queens Park Rangers, Oktober lalu.
Namun Terry menafikan tuduhan itu.Bercakap ketika pelantikannya minggu lalu, Hodgson berkata dia  merancang untuk mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan Terry  dan Ferdinand bagi menilai sama ada kedua-duanya mampu bergandingan  dalam satu skuad. 
Bagaimanapun laporan media Britain kelmarin membayangkan Hodgson  lebih cenderung untuk mengetepikan Terry daripada skuad dan mengutamakan  bintang Manchester United, Rio Ferdinand.
"Roy Hodgson percaya bahawa dia tidak boleh menyenaraikan kedua-dua  pemain Chelsea, John Terry dan Manchester United, Rio Ferdinand dalam  skuad Kejohanan Eropah untuk England.
"Difahamkan dia menimbangkan kemungkinan untuk mengetepikan Terry," lapor akhbar The Independent.Hodgson boleh menunda menamakan skuad utama England sehingga tarikh akhir Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada akhir Mei.
Namun dia memutuskan untuk melakukannya minggu depan dalam usaha  mendapatkan kepastian menjelang kem latihan pra-kejohanan di Sepanyol  dan aksi persahabatan menentang Norway di Oslo dan Belgium di Wembley.
Skuad England akan berhimpun pada 21 Mei dan bertandang ke Sepanyol bagi kem latihan.Dari Sepanyol mereka akan ke Oslo bagi aksi persahabatan dengan  Norway pada 26 Mei dan diberikan cuti dua hari sebelum berhimpun semula  pada 29 Mei bagi memulakan persediaan bagi perlawanan menentang Belgium  pada 2 Jun.
Cuti dua hari lagi dijadualkan sebelum skuad berhimpun semula pada 5  Jun dan kemudian bertandang ke pangkalan Euro 2012 mereka di Krakow,  Poland, hari berikutnya.[sumber]
ArulchelseA: buang terry satu kesilapan besar untuk england.. 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan