Kapten Chelsea, John Terry dilaporkan boleh beraksi dalam perlawanan  menentang Tottenham Hotspur bagi saingan Liga Perdana England pada awal  pagi Jumaat ini.Sebelum ini, kelibat Terry pada perlawanan yang bakal berlangsung di  White Hart Lane itu menjadi tanda tanya selepas dia mengalami kecederaan  lutut.
Kecederaan tersebut dialami tonggak pertahanan antarabangsa England itu ketika skuad The Blues seri 1-1 dengan Wigan Athletic dalam perlawanan Sabtu lalu.Pada awalnya, Terry dijangka terpaksa direhatkan untuk tempoh yang panjang dan berkemungkinan terlepas aksi menentang Spurs itu.
Menambahkan lagi kembimbangan, dia kelihatan masih tempang ketika sesi latihan bersama Chelsea kelmarin.Namun, segala-galanya berubah apabila pasukan perubatan skuad The Blues mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami pemain tersebut adalah kecil dan boleh diturunkan menentang Spurs.
 Dalam pada itu, pengurus Chelsea, Andre Villas Boas turut  mengharapkan seorang lagi tonggak pertahanan, David Luiz dan perancang,  Ramires mampu kembali cergas sepenuhnya menjelang pertemuan penting  dengan Spurs itu.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan