PENGURUS Chelsea, 
Andre Villas-Boas bakal bertarung dengan  mentornya, 
Jose Mourinho bagi  mendapatkan penyerang  Porto,
 Falcao.Pengurus baru di Stamford Bridge itu  berdepan cabaran dengan  pengurus yang digelar  ‘Special One’ untuk mendapatkan penyerang  Colombia itu.Kedua-duanya bersedia membayar 
£26.5 juta  (RM128.6 juta)  untuk membolehkan syarat pelepasan dalam kontrak pemain  berusia 25 tahun itu dilaksanakan.
|  | 
| berebut Falcao. | 
Keadaan itu akan membuatkan Falcao terpaksa membuat keputusan  besar iaitu sama ada mengikut pengurus yang meninggalkan kelabnya minggu  ini atau menyertai Mourinho di Real Madrid.Ia juga akan  menjadi perselisihan pertama di antara dua pengurus itu sejak  Villas-Boas mengikut jejak langkah  Mourinho dalam dunia pengurus  pasukan.Mereka pernah bekerjasama begitu rapat dan dalam  tempoh selang tujuh tahun, meninggalkan Porto untuk bersama Chelsea dan  tindakan itu membuat ribuan penyokong mereka kecewa.
    
Penyokong Porto berang apabila Villas-Boas tidak berada di kelab  itu lebih daripada setahun hingga mencetuskan tunjuk perasaan di depan  rumahnya.Begitupun, presiden kelab itu Pinto da Costa  mempunyai mesej yang jelas untuk pengurus lamanya: “Kami baik tanpa  anda.”    Vitor Pereira dilantik menggantikannya dan Da Costa berkata  Porto sudah bersedia untuk meneruskan perjuangan mereka.[
metro]
ArulchelseA-Datang pergi pengurus ni..tak payah nak bising2..dengan chelsea pun tak tau brapa lama tu..
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan