1 November 2011

Chelsea padam pengalaman pahit

Andre Villas-Boas berharap Chelsea memadamkan semua kenangan pahit menjelang pertemuan dengan kelab Belgium, Genk pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok.Pasukan kendalian Villas-Boas kehilangan lima mata di Stamford Bridge buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun, Sabtu lalu apabila Arsenal meraih kemenangan 5-3 yang mula membuatkan Blues semakin bergolak.

Igauan ngeri Chelsea bermula dengan kekalahan 0-1 kepada QPR, yang menyaksikan Didier Drogba dan Jose Bosingwa dibuang padang dan berakhir dengan dakwaan bahawa John Terry mengeluarkan cemuhan berbaur perkauman kepada pertahanan Hoops, Anton Ferdinand.Persatuan Bola Sepak Inggeris (English FA) kini menyiasat dakwaan itu manakala Villas-Boas pula terpaksa menjelaskan komennya terhadap pengadil, Chris Foy ketika tewas kepada QPR.

Mereka terus ditimpa malang apabila Arsenal yang sebelum ini dianggap pasukan paling merosot Liga Perdana Inggeris merobek pertahanan Chelesa hasil jaringan hatrik Robin van Persie.Chelsea kini ketinggalan sembilan mata berbanding pendahulu, Manchester City selepas tewas berturut-turut tapi Villas-Boas yakin kunjungan ke Belgium akan mengembalikan keyakinan pasukannya.

Kejayaan menewaskan Genk akan menyaksikan Chelsea layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dengan baki dua perlawanan Kumpulan E andai Valencia tidak menewaskan Bayer Leverkusen dalam satu lagi perlawanan.

“Kami boleh berada di kedudukan terbaik jika menang perlawanan dan sudah pastinya kami ingin lihat apa yang berlaku dalam pertembungan Valencia-Leverkusen,” kata Villas-Boas.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Farahin Shahadan berkata...

Hurm, nak tggu den tengok baru monang agak eyh! :P

*den kampung mmg kek nismilan larh Arul, kek Tampin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...