Frank Lampard tidak akan ditawarkan kontrak baharu oleh Chelsea 'tanpa mengira apa jua keadaan'.Pemain tengah veteran itu hairan apabila media hangat melaporkan Blues telah mengubah fikiran mengenai niat kelab itu melepaskan khidmatnya.
Ejen Lampard, Steve Kutner bagaimanapun memberitahu kelmarin: 
"Eksekutif Chelsea telah memaklumkan kepada Frank ketika di Jepun 
(sewaktu Piala Dunia Kelab) sebelum mengesahkan untuk kali kedua selepas
 kemenangan di Everton bahawa 'tidak kira apa jua keadaan' dia tetap 
tidak akan ditawarkan kontrak baharu untuk menetap di Chelsea selepas 
tamat musim ini.
"Sejak itu, tiada apa yang berubah. Frank sendiri sudah menerima 
hakikat itu dan kini dia hanya mahu terus beraksi untuk Chelsea dan 
menamatkan musim terakhirnya cemerlang yang mungkin bersama kelab 
kesayangannya."
Kontrak Lampard bakal tamat Jun ini dan ini bermakna dia bebas berunding dengan mana-mana kelab sejak 1 Januari lalu.
Persembahan Lampard dalam beberapa perlawanan terbaru membuktikan dia
 masih ada banyak untuk ditawarkan walaupun semakin dimamah usia.
Lampard menjadikan koleksi gol di Stamford Bridge kepada 193 selepas 
menyempurnakan sepakan penalti ketika Chelsea membelasah Southampton 5-1
 Sabtu lalu, sekali gus menyamai rekod milik legenda Kerry Dixon.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan