RENTETAN hukuman digantung empat perlawanan dan denda ke atas John 
Terry, pemain tengah Queens Park Rangers (QPR), Joey Barton mengecam 
Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) bertindak tidak adil dan 
menyifatkannya sebagai “terlalu ringan” dan “bermain sandiwara.”
 Malah, beliau menyifatkan hukuman FA ke atas Terry itu satu “gangguan.”"Saya tidak bersetuju dengan keputusan FA. Hukuman digantung empat 
perlawanan yang dikenakan ke atas Terry terlalu ringan berbanding 
dirinya digantung 12 perlawanan.
 "Saya fikir keputusan itu tidak adil. Hukuman gantung 12 perlawanan 
untuk kelakuan ganas tapi hanya empat untuk kes Terry," kata Barton 
melalui akaun Twitternya.
 Terry, 31, yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ke 
atas Anton Ferdinand pada saingan liga di Loftus Road, 23 Oktober tahun 
lalu digantung empat perlawanan dan didenda AS$356,000 (RM1,068,000) 
apabila didapati bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap 
pemain pertahanan QPR, sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris 
melibatkan kedua-dua pasukan.
 Tambah Barton: "Apa sebenarnya sandiwara FA? Mereka seharusnya malu dengan membuat keputusan seperti itu.
 
"Dan seharusnya Terry mendapat hukuman lebih dari itu atau setimpal dengan apa yang saya dapat," kata pemain QPR yang dipinjamkan ke Marseille musim ini.
"Dan seharusnya Terry mendapat hukuman lebih dari itu atau setimpal dengan apa yang saya dapat," kata pemain QPR yang dipinjamkan ke Marseille musim ini.
 Sebelum ini, Barton turut digantung 12 perlawanan oleh FA selepas 
didapati bersalah atas dua pertuduhan kelakuan ganas ketika persaingan 
Liga Perdana Inggeris (EPL).
 Keputusan itu dibuat oleh panel tatatertib setelah mendapati Barton 
bersalah dalam isu pergaduhan dengan pemain Manchester City, Sergio 
Aguero dan Vincent Kompany selepas tidak berpuas hati apabila memperoleh
 kad merah.[sumber] 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan