Memaparkan catatan dengan label Drogba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drogba. Papar semua catatan

16 Julai 2012

Drogba ada misi besar di China

Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba menegaskan bahawa keputusannya untuk berhijrah ke kelab China, Shanghai Shen- hua bukan disebabkan habuan yang lumayan.

16 Jun 2012

Drogba hampir sertai Shenhua

Shanghai Shenhua hampir mencapai kata sepakat membawa masuk bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba ke China.

24 Mei 2012

Kini masa untuk Torres - Drogba

Didier Drogba berkata pemain bernilai 50 juta (RM247.5 juta) Fernando Torres mampu menggantikannya dalam legenda Chelsea. 

Drogba berunding dengan Shenhua

Kelab Shanghai Shenhua akan meneruskan perundingan dengan Didier Drogba seperti yang dirancang dan ia menghangatkan lagi spekulasi penyerang itu bakal berpindah ke China selepas mengumumkan meninggalkan Chelsea.

23 Mei 2012

Drogba sah tinggalkan Chelsea

Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba mengesahkan akan meninggalkan juara Eropah yang baru, Chelsea selepas kontraknya bersama kelab EPL itu tamat akhir Jun ini.

Breaking News: Farewell Drogba





ArulchelseA: Selamat jalan untuk drogba..

22 Mei 2012

Drogba tinggalkan Chelsea

Bintang bola sepak Ivory Coast, Didier Drogba memberitahu rakan sepasukannya dalam Chelsea bahawa dia akan meninggalkan kelab yang baru menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama ini kerana tidak mahu hanya diletakkan di bangku simpanan.

21 Mei 2012

Drogba dihantui memori kegagalan sepakan penalti

Didier Drogba mendedahkan dia dihantui memori kegagalan sepakan penalti pada Piala Negara-Negara Afrika ketika tampil untuk mengambil sepakan penentuan Chelsea menentang Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

19 Mei 2012

Drogba Tekad tebus kecewa ‘08

Didier Drogba berazam menebus kekecewaan di Moscow dengan menamatkan penantian Chelsea untuk ditabal juara Eropah pada final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, awal pagi Ahad ini.

17 Mei 2012

Barcelona minat Drogba

 Barcelona mengintai peluang untuk mendapatkan Didier Drogba menerusi perpindahan percuma dari Chelsea.

11 Mei 2012

Drogba nekad tinggalkan Blues

Didier Drogba tetap dijangka meninggalkan Chelsea musim panas ini, sekalipun membantu Blues menjuarai Piala FA Inggeris dan layak ke final Liga Juara-Juara.

10 Mei 2012

7 Mei 2012

Drogba raja di wembley

Didier Drogba mengaku jaringannya ketika membantu Chelsea melakar kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada final Piala FA adalah kemenangan yang tidak dapat dilupakan sekali gus menjadikan kehidupannya bersama Blues terlalu istimewa.

18 Februari 2012

Anelka harap Drogba ke China

Nicolas Anelka berharap untuk beraksi di samping Didier Drogba di China selepas menyertai pasukan Liga Super, Shanghai Shenhua dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan.“Saya harap Drogba datang ke sini. Saya kerap menghubunginya dan jika semua berjalan lancar, dia mungkin datang ke Shanghai,” kata Anelka dalam satu sidang media sejurus tiba di bandar raya itu.

17 Februari 2012

Drogba bagai presiden Ivory Coast

DIDIER Drogba mempunyai semangat dan kesungguhan di padang bola sepak yang tidak ramai pemain profesional mampu menyainginya.Bagaimanapun bintang Chelsea itu mempunyai cita-cita lebih tinggi daripada cuba mencapai kilauan piala untuk sebuah kelab di barat London. Dia adalah seorang lelaki yang mengambil tanggungjawab untuk membina kembali seluruh negaranya.

17 Disember 2011

Drogba Dalam Misteri

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui masa depan Didier Drogba di Chelsea tidak ketentuan namun menegaskan Fernando Torres tidak akan berhijrah ke kelab lain.Prospek kedua-dua pemain itu kekal di kelab itu diragui dengan Drogba dijangka menuruti jejak langkah Nicolas Anelka ke China manakala wujud spekulasi Blues bersedia menanggung kerugian ke atas pembelian Torres.

26 September 2011

Drogba-'Saya bertuah masih hidup'

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan lebih serius ketika berlaga dengan penjaga gol Norwich, John Ruddy pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung bulan lalu.






Dalam Insiden tersebut, Drogba terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani imbasan kepala selepas pengsan akibat terkena siku Ruddy ketika cuba menanduk bola di udara. “Ia memang menakutkan, saya tidak sanggup untuk mengenang kembali insiden itu. “Saya bertuah kerana tidak mengalami kecederaan lebih parah,” katanya.

9 Ogos 2011

Drogba yakinkan jurulatih

Didier Drogba dan rakan sepasukan dari Afrika melangkah ke musim baru Liga Perdana Inggeris dengan tekad untuk meyakinkan pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas mereka layak untuk menjadi sebahagian daripada masa depan kelab itu.Villas-Boas berjanji memberi peluang kepada semua pemain untuk cuba menarik perhatiannya setibanya di Stamford Bridge dan perkara itu menarik perhatian Drogba, Salomon Kalou, John Obi Mikel dan Michael Essien.

26 Julai 2011

Drogba masih berharga

Penyerang Chelsea, Didier Drogba dijangka menandatangani kontrak baru selama setahun yang akan membolehkannya berada di Stamford Bridge hingga 2013.Pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang menyertai Blues dari Marseille pada 2004 mendedahkan perbincangan sudah dimulakan mengenai kontrak baru yang akan menyaksikannya kekal di kelab itu hingga dia berusia 35 tahun.

7 Julai 2011

Dugaan Drogba (DD)

DIDIER Drogba bukan setakat mempunyai ketinggian tetapi juga reputasi yang semakin meningkat dan itulah bekalan selesa untuknya menyertai Chelsea dari Marseille pada 2004.Biarpun pembedahan pangkal paha menyebabkan dia tidak dapat beraksi selama dua bulan pada musim pertamanya, malah mengambil masa untuk mencapai prestasi sempurna, dia menamatkan kempen itu dengan 16 gol dalam setiap kejohanan termasuk satu dalam Piala Liga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...