18 Februari 2012

Anelka harap Drogba ke China

Nicolas Anelka berharap untuk beraksi di samping Didier Drogba di China selepas menyertai pasukan Liga Super, Shanghai Shenhua dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan.“Saya harap Drogba datang ke sini. Saya kerap menghubunginya dan jika semua berjalan lancar, dia mungkin datang ke Shanghai,” kata Anelka dalam satu sidang media sejurus tiba di bandar raya itu.


Namun Anelka mengaku tidak boleh memutuskan sama ada kapten Ivory Coast itu ke Shanghai atau tidak.“Terpulang kepada presiden kelab,” katanya.

Anelka adalah pemain berprofil tinggi di Liga China menandatangani kontrak bersama Shanghai Shenhua biarpun pasukan itu menamatkan saingan tempatan di kedudukan ke-11 dan yuran perpindahan serta gaji Anelka tidak didedahkan.

Media China melaporkan bekas pemain Paris Saint-Germain dan Arsenal itu menerima pendapatan mencecah AS$307,000 (RM934,968) seminggu.

Shanghai Shenhua kini diurus bekas pemain antarabangsa Perancis, Jean Tigana yang mengikat kontrak dua tahun bersama pasukan itu, Disember lalu.

Anelka berharap kehadirannya membantu membangunkan kualiti bola sepak China dan menarik minat pemain asing beraksi di negara itu.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...