Jose Mourinho membuat pengakuan mengejutkan  semalam, beliau bakal meninggalkan gergasi bola sepak Sepanyol, Real  Madrid pada musim panas ini untuk kembali ke pangkuan Chelsea.Mourinho yang turut digelar The Special One itu pernah  menjulang Chelsea merangkul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain  memenangi tiga trofi lain sepanjang tempoh tiga tahun di Stamford  Bridge. 
Sumber rapat pengurus kelahiran Portugal itu malam tadi mendedahkan: "Jose akan kembali ke Chelsea".Bagaimanapun katanya, kali ini, Mourinho akan berkeras kepada pemilik  Chelsea, iaitu jutawan Rusia, Roman Abramovich supaya membenarkan  beliau memiliki kawalan penuh ke atas pasukan dan bebas daripada  sebarang campur tangan pihak lain. 
Jika Abramovich dapat memberi jaminan tersebut, Mourinho berjanji akan mengembalikan semula kegemilangan kelab Blues. 
Sumber itu turut menambah: "Beliau (Mounrinho) tahu keadaan sekarang  sudah menjadi semakin kusut. Hendak membuat impak pada masa ini tidak  lagi semudah seperti yang pernah dilakukan dulu. 
"Memenangi kejuaraan Liga Perdana pada dua tahun pertama bersama  kelab itu (selepas 50 tahun tidak pernah menang) adalah pencapaian  menakjubkan. Sebab itu beliau masih disayangi oleh peminat dan kerana  itu beliau juga masih menyayangi kelab. Mereka pernah berkongsi  hari-hari yang istimewa.
"Bagaimanapun sebelum sebarang persetujuan dicapai, beliau mahu  menjelaskan semua perkara dengan Roman Abramovich. Beliau akan cakap  'Roman, anda adalah pemilik dan saya boss di sini. Mari kita bekerjasama  dan kuasa di tangan kita'.
"Bagi Jose, kalau ia berlaku, maka itu akan menjadi perkongsian yang sangat sempurna."Abramovich mungkin telah digoda dengan kepulangan semula Mourinho.  Kelab London itu masih mencari pengurus sesuai sejak tindakan mengejut  Mourinho meninggalkan mereka pada 2007. 
Antara yang telah mengisi kerusi  panas itu adalah Avram Grant, Phil Scolari, Guus Hiddink, Carlo  Ancelotti dan sekarang, bekas pembantu Mourinho, Andre Villas-Boas.
Hiddink memenangi Piala FA 2009, manakala Ancelotti membawa pasukan  itu muncul juara berganda, Liga Perdana dan Piala FA pada 2010. Pengurus  sekarang, Villas-Boas pula sekadar meletakkan Blues di tangga keempat liga, 12 mata di belakang pendahulu. 
Villas-Boas dibawa masuk dengan kos hampir 25 juta pound (RM120 juta) untuk kontrak tiga tahun.Bagi Mourinho, beliau sentiasa menganggap tugasnya di Stamford Bridge  belum selesai. Biarpun sudah membantu Chelsea menjuarai semua empat  kejuaraan domestik - Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan Perisai  Komuniti, namun beliau tidak pernah menjulang Liga Juara-Juara Eropah  bersama mereka. 
Menambah koleksi kejuaraan Eropah yang pernah diraih bersama Porto  dan Inter Milan menjadi cita-cita utama Mourinho apabila kembali ke  kelab London itu nanti, impian besar yang turut dikongsi bersama  Abramovich.[sumber]
Arulchelsea: Elok jugak JM kembali..tengok keadaan sekarang AVB kurang berkesan.. 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan