9 Februari 2012

Capello letak jawatan kerana pertahankan Terry

Fabio Capello,65, meletakkan jawatan sebagai pengurus skuad bola sepak England berkuat kuasa serta-merta hari ini.Ia ada kaitan dengan keputusan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris yang menggugurkan John Terry sebagai kapten England yang enggan diterima oleh Capello. 


Pengurus berbangsa Itali itu memutuskan meletak jawatan selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi FA Inggeris, David Bernstein dan Setiausaha Agung, Alex Horne di Wembley. 

Bekas jurulatih AC Milan, Real Madrid, AS Roma dan Juventus itu dilantik sebagai pengurus England pada Disembar 2007.

Beliau berjaya membimbing England untuk layak ke pusingan final Piala Dunia 2010 dan kelayakan Euro 2012.[sumber]

ArulchelseaA: Akhirnya capello letak jawatan kerana kebodohan dan kesombongan FA yang mengugurkan terry sebagai kapten England..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...