Andre Villas-Boas mungkin menyatakan Chelsea kini tersasar daripada  perburuan gelaran Liga Perdana Inggeris tapi rekod kehebatan mereka di  laman sendiri sewaktu menentang  Manchester United, bermakna, mereka  masih berpeluang mengubah nasib dalam kejuaraan itu.Kali terakhir skuad United bimbingan Sir Alex Ferguson menang  perlawanan liga itu di Stamford Bridge adalah sepuluh tahun lalu dan  persaingan antara kedua-dua kelab tidak pernah padam meskipun 12 mata  memisahkan kedua-dua pasukan itu.
Perang sebenar United adalah mengekang jiran mereka, Manchester City daripada menguasai puncak liga manakala Chelsea mahu mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat.
John Terry tidak dapat beraksi berikutan kecederaan lutut tetapi  dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris untuk menyingkirkan  pemain itu daripada gelaran kapten yang membayangi persediaan Chelsea,  Ferguson tetap sedar cabaran yang diberikan skuad Villas-Boas.
“Perlawanan di Stamford Bridge bukan sesuatu yang mudah. Kami tidak pernah menewaskan mereka sejak 2002, iaitu selama satu dekad,” kata pengurus United itu.
“Dalam tempoh itu kebangkitan Chelsea cukup dirasai dan dalam tujuh tahun kebelakangan ini, kami menentang mereka dalam perebutan gelaran liga. Justeru anda boleh menjangkakan pertemuan sukar menentang mereka.
“Saya berharap prestasi kami sebaik ketika menentang Arsenal.   “Malah prestasi kami cukup baik ketika menentang Liverpool dalam Piala  FA, kami tewas kerana melakukan dua kesilapan besar.
“Kami tidak berhak menerimanya tetapi keputusan seperti itu boleh berlaku dalam perlawanan kelab,” katanya.
Begitupun  Villas-Boas memberi amaran bahawa kemenangan Chelsea  boleh menjejaskan peluang United meraih gelaran, seperti kemenangan  mereka ke atas City Disember lalu yang mendedahkan kepincangan skuad  Roberto Mancini.
“Pendahulu pertengahan Disember, Manchester City sukar dicabar tapi mereka tumpas di tangan kami dan terus tewas dan kehilangan mata dalam perlawanan berikutnya,” kata pengurus Chelsea yang menyedari tiga mata itu akan mengukuhkan posisinya sewaktu Jose Mourinho dikatakan akan kembali ke kelab itu.
“Manchester United pula menang tiga perlawanan dan tewas dua dalam lima perlawanan terakhir, ia sesuatu yang mengejutkan dan itulah situasi dalam liga ini yang kita tidak tahu.”[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan