15 Julai 2012

Kenyataan rasis: Terry dan Ferdinand belum bebas?

Persatuan Bola Sepak England kemungkinan akan mengenakan tindakan disiplin ke atas John Terry meskipun Kapten Chelsea itu telah dibebaskan oleh mahkamah berhubung tuduhan mengeluarkan kata-kata berunsur rasis ke atas Anton Ferdinand, kelmarin.
Terry, 31, memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mengulangi apa yang diperkatakan oleh Ferdinand ke atasnya.

Laporan BBC menyebut kemungkinan Terry dan Ferdinand akan berdepan dengan tindakan persatuan itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, persatuan itu berkata, pihaknya mengambil kira keputusan dalam kes Terry case dan "sekarang akan mengambil keputusan untuk mengadakan inkuiriti sendiri."

Ferdinand juga mengakui di mahkamah bahawa dia turut menggunakan kata-kata menghina terhadap Terry ketika perlawanan di Loftus Road, Oktober lalu.

Persatuan itu menggantung siasatan sendiri apabila kes itu dibawa ke mahkamah November lalu.

Dalam pada itu, portal Telegraph melaporkan Ferdinand kemungkinan berhadapan dengan tindakan disiplin oleh persatuan bola sepak England.

Ferdinand enggan mengulas keputusan mahkamah ketika tiba di Kota Kinabalu, Sabah bersama pasukannya QPR semalam untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan.

Ketika ditanya wartawan, dia hanya berkata: "Tiada komen."

Ketua Eksekutif QPR, Philip Beard menambah: "Kami tidak ada apa-apa untuk berkata kecuali dia bersama skuad kami mengembara dengan kami (untuk perlawanan prapersaingan EPL)."

"Kita kena melihat perkembangan seterusnya dalam beberapa hari lagi," katanya lagi.[sumber]

2 Pengulas Sukan:

Tanpa Nama berkata...

I love looking through a post thаt will make
pеοple thіnk. Alsο, thanks for allowіng me to comment!



Alѕο visit mу web blog :: Mormon Tea Ephedra
My site - ephedra hydroxycut

Tanpa Nama berkata...

Goοd artiсle. I аm dеalіng with some οf these issues аs well.
.

Fееl free to surf tо my blоg: purchase ephedrine hcl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...