Andre Villas-Boas menolak spekulasi mengaitkannya dengan Inter Milan  dan menegaskan komitmennya adalah membina kerjaya gemilang di Chelsea.Villas-Boas semakin tertekan berikutan kekalahan 1-3 di tangan Napoli  pada Liga Juara-Juara, Selasa lalu sekali gus meningkatkan spekulasi  terhadap kedudukannya.
Laporan terbaru mendakwa jika beliau kehilangan tugasnya tidak lama lagi, kekosongan menantinya di Itali bersama Inter Milan.
Claudio Ranieri adalah bos Inter namun beliau turut berdepan situasi  sama dialami Villas-Boas ketika beliau cuba melakukan impak dalam musim  sulungnya sebagai pengurus.
Nerazzurri ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga selepas kalah empat daripada lima perlawanan terakhir kempen Serie A, dengan kekalahan 0-3 Jumaat lalu di tangan Bologna menyebabkan mereka menghuni tangga ketujuh.
Villas-Boas tidak terkejut mendengar khabar angin Ranieri mungkin dipecat, namun beliau mengagumi pengendali bangsa Itali itu dan menjangkakannya berjaya bersama Inter.
Pengurus Blues itu tidak terfikir mungkin menggantikan Ranieri dan lebih fokus terhadap projek pembangunan di Stamford Bridge.
“Saya hormati kerja Ranieri, seorang yang berpengalaman dalam situasi peralihan di Inter sama seperti kami,” kata Villas-Boas.
“Kami akan terus bekerja dengan pasukan kami, yakin dengan kerja kami dan cuba menghasilkan keputusan diingini.
“Khabar angin sebahagian daripada bola sepak tapi saya mahu membina masa depan Chelsea.”[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan