PARA peminat Chelsea di Malaysia bakal menyaksikan satu persembahan  yang hebat pada aksi persaha- batan menentang skuad Pilihan Malaysia di  Stadium Nasional, Bukit Jalil, 21 Julai ini.Ini kerana, Chelsea akan tampil dengan skuad terbaik yang dibarisi  penyerang Ivory Coast, Didier Drog- ba, Frank Lampard, John Terry  (England) dan Fernando Torres (Sepanyol).Turut disenaraikan pada perlawanan tersebut adalah Nicolas Anelka, Ashley Cole, Florent Malouda, Petr Cech dan Yossi Benayoun.
Setakat ini, hanya dua pemain yang tidak dapat mengikuti jelajah  pramusim di Asia iaitu pemain tengah, Michael Essien dan dua bintang  Brazil, David Luiz serta Ramires.Perlawanan ini sudah tentu menjadi medan terbaik buat para pemain  Malaysia untuk menimba pengalaman beraksi bersama pemain berkelas dunia. 
Selain itu, perlawanan ini turut menguji sentuhan jurulatih baharu skuad The Blues, Andres Villas-Boas yang berpindah ke Stamford Bridge untuk mengambil alih tugas Carlo Ancelotti musim ini.
Villas-Boas yang merupakan bekas pengurus Porto berkata, peminat  bakal menyaksikan satu persembahan yang menghiburkan daripada kelab  gergasi Liga Perdana England itu.Katanya, semua pemain berstatus bintang akan diberi peluang untuk  bermain kerana ini merupakan salah satu usaha bagi menarik minat para  penyokong Chelsea."Penting untuk kelab melebarkan sayap ke Asia kerana para peminat  sentiasa bersama kami dan mereka teruja untuk melihat penampilan semula  kami di Malaysia."Jadi, adalah penting untuk kami berada di Malaysia dan menunjukkan pada mereka kehebatan kami," katanya.
Menurut Villas-Boas, beliau turut teruja dengan sambutan para pemi-  nat ketika kali terakhir Chelsea berkunjung ke Malaysia pada tahun 2008  lalu.Beliau turut mengakui teruja untuk menyaksikan perlawanan pada 21  Julai ini kerana yakin 'lautan biru' bakal memenuhi Stadium Nasional,  Bukit Jalil."Kembali ke Asia adalah penting buat kami kerana dapat mendekati  peminat di Asia yang sentiasa menyokong kami. Penting untuk mereka  merasai yang kami menghormati mereka dan kami dapat merasainya."Saya yakin mereka akan memberikan sokongan yang padu apabila kami bertemu pasukan Pilihan Malaysia nanti."[kosmo]
ArulchelseA-Tak dapat nak pegi tegok..
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan