Bintang pertahanan England, Ashley Cole sedang  menuju ke arah pintu keluar dari Chelsea selepas secara terbuka  mengkritik pengurus pasukan, Andre Villas-Boas.Pemilik kelab, Roman Abramovich nyata tidak gembira dengan kritikan yang dilemparkan oleh bintang-bintang senior mereka terhadap jurulatih kelahiran Portugal itu dan mahu 'pemberontak' dalam bilik persalinan dibersihkan.
Menurut sumber dalaman kelab, Abramovich menganggap, apabila  pemain-pemain mula mempersoalkan kredibiliti pengurus, bermakna mereka  juga telah mempersoalkan penilaian yang dilakukan olehnya. 
"Andre Villas-Boas dipilih secara peribadi oleh Abramovich. Pada masa  lalu, pandangan pemain-pemain senior diambil kira apabila melibatkan  jurulatih yang dianggap tidak popular.
"Begitupun keadaan kali ini berbeza. Abramovich sudah bosan mendengar rungutan-rungutan pemain,'' kata sumber berkenaan. 
Akhbar Britain,  The Sun semalam melaporkan, Cole, Frank  Lampard dan Michael Essien diketepikan ke bangku simpanan ketika  menentang kelab Itali, Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah,  gara-gara mengkritik Villas-Boas.
Akibatnya, Chelsea kalah 1-3 dalam perlawanan itu, keputusan yang  menyulitkan peluang mereka untuk melangkah ke suku akhir kecuali berjaya  mencatat kemenangan lebih daripada 2-0 dalam aksi ulangan di Stamford  Bridge. 
Cole, 31, sebelum ini memberitahu Villas-Boas bahawa Chelsea tidak  mungkin memenangi trofi kalau terus bermain dengan taktik yang  digunakannya sekarang. 
Malah, tonggak pertahanan kiri itu juga tidak gembira kerana  merasakan dia diperlakukan seperti robot oleh Villas-Boas. Jurulatih itu  tidak pernah memberi kebebasan kepadanya ketika berada di atas padang,  sebaliknya memberi arahan terperinci apa yang perlu dilakukan untuk  bermain. 
Pemain-pemain Chelsea yang lain turut berang apabila tiga rakan  sepasukan mereka yang dianggap berpengaruh diketepikan di bangku  simpanan ketika bertemu dengan Napoli, malah Villas-Boas turut  memberitahu Cole 'anda menjadikan perkara ini peribadi'. 
Cole bertambah berang apabila melihat pengurus pasukan itu bercakap  kepada sebuah stesen televisyen bahawa dia dikeluarkan daripada  perlawanan kerana tidak cergas.Cole telah menjalani latihan kecergasan tambahan dan menegaskan, dia 100 peratus bersedia untuk bermain.[sumber] 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan