19 Februari 2012

Andre Villas-Boas makin tertekan

Tekanan yang dialami pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas semakin memuncak selepas pasukannya hanya mampu seri 1-1 dengan kelab liga bawahan Birmingham dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA semalam.


Tandukan Daniel Sturridge pada babak kedua memberikan jaringan penyamaan buat skuad Chelsea di Stamford Bridge selepas David Murphy memberi kejutan apabila meletakan Birmingham mendahului perlawanan pada minit ke-20.

Kedudukan Villas-Boas kian goyah selepas laporan berlaku pemberontakan di padang latihan oleh pemain senior ekoran kekalahan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris kepada Everton di Goodison Park minggu lalu.

Ini bermakna pasukan itu hanya menang satu daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan.

Malah semalam Villas-Boas terpaksa menyaksikan pasukannya diejek penyokong ekoran permainan yang langsung tidak menyakinkan.

Ini bermakna Chelsea terpaksa menempuh perlawanan ulangan pusingan kelima.Chelsea meraih beberapa peluang gol untuk menyamakan kedudukan selepas jaringan awal Murphy, dengan peluang terbaik menerusi penalti Juan Mata namun diselamatkan oleh penjaga gol Birmingham, Colin Doyle.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...