Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas  mempertahankan Fabio Capello berhubung isu John Terry yang dilucutkan  jawatan sebagai kapten England dan menegaskan, jurulatih Itali itu  berhak untuk meluahkan rasa dukacitanya kepada umum.Pengurus England, Capello memberitahu TV Itali bahawa dia tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England.
FA dalam kenyataan pada Jumaat lalu memberitahu Terry akan dilucutkan  jawatannya sebagai kapten England sehingga mahkamah membuat keputusan  Julai ini iaitu selepas tamat Kejuaraan Eropah di Poland dan Ukraine, di  mana pertahanan Chelsea itu tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan  bersikap perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand.
"Dia mempunyai hak untuk meluahkan pandangannya dan mempertahankan  pemain tersebut," kata Villas-Boas mengenai komen Capello itu.
Bekas Pengarah Eksekutif FA, David Davies antara individu yang  membuat spekulasi berhubung tindakan Capello itu adalah disebabkan  jurulatih berkenaan mahu menghalang Terry bersara daripada bola sepak  antarabangsa sebelum Euro 2012.
Berdasarkan laporan media Britain kelmarin, Terry akan terus  menyumbangkan khidmatnya bersama England, meskipun dia dilucutkan  jawatannya sebagai kapten.
Sementara itu, pengurus Manchester United, Alex Ferguson turut  bersimpati dengan Capello, tetapi menggesa jurulatih itu agar segera  menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan FA.
Capello dijangka bertemu dengan Pengerusi FA, David Bernstein hujung  minggu ini dan Ferguson memberitahu CNN: "Terdapat beberapa isu  berhubung komunikasi.
"Saya tahu Fabio berada di luar negara tetapi dia telah pun kembali,  jadi dalam tempoh beberapa hari ini semuanya akan diperjelaskan.
"Ini situasi yang sukar. Apabila anda pengurus pasukan dan memiliki  kapten merupakan satu bahagian penting yang anda tidak mahu  kehilangannya, jadi, saya faham isu ini akan diperkatakan oleh ramai  pihak serta menimbulkan kontroversi mengenainya."[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan