Persatuan Bola Sepak England (FA) diberi amaran bahawa kehadiran  John Terry dalam skuad England ke Euro 2012 bakal mengundang suasana  negatif.Terry kelmarin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina pemain  QPR, Anton Ferdinand secara perkauman dan perbicaraan ditunda ke 9 Julai  depan iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Eropah itu.
Namun, bekas penyerang Blackburn, Jason Roberts yang merupakan pengulas bola sepak radio terkenal berkata, Terry harus disisihkan daripada skuad sehingga kes perbicaraan diselesaikan.
Dia juga menegaskan, kenyataan bos England, Fabio Capello yang  menganggap Terry sebagai tidak boleh dianggap bersalah sehingga  dibuktikan, tidak patut timbul.
Roberts memberi contoh kes abang Anton, Rio yang sebelum ini dibuang  daripada skuad England sebelum akhirnya didapati bersalah mengelak  ujian doping pada 2003.
Roberts menerusi akaun Twitter miliknya berkata: “Kes (Rio)  Ferdinand adalah contoh terbaik. Jadi, saya tidak fikir kapten England  (Terry) patut pergi ke Euro.
“Tidak bersalah sehingga dibuktikan tidak selalunya berlaku dalam  bola sepak. Lebih penting, percaya kepada saya, suasana kurang harmoni  akan menyelubungi seluruh skuad England di Euro nanti.”
Nasib Terry akan dibincangkan di mesyuarat Lembaga FA hujung bulan  ini. Namun, difahamkan, Capello masih berhasrat membawa pemain  pertahanan Chelsea itu ke Euro sebagai pemimpin.[sumber]
ArulchelseA: Kenyataan bodoh dari Jason Roberts..
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan