Pemain tengah Chelsea, Juan Mata mengakui keadaan skuadnya masih  belum sempurna dan mereka perlu mencari jalan penyelesaian untuk  mengatasinya dengan lebih cepat.The Blues yang ketinggalan 12 mata di belakang Manchester United  dijadualkan akan berdepan skuad kendalian Sir Alex Ferguson pada Ahad  ini.
Chelsea yang masih tidak konsisten sepanjang berada di bawah  kendalian pengurus baharunya, Andre Villas-Boas telah melepaskan empat  mata bernilai pada dua perlawanan terakhirnya menentang Norwich City dan  Swansea City.
Kini mereka perlu bertarung merebut kedudukan untuk berada di empat  kedudukan terbaik liga dengan Liverpool, Newcastle dan Arsenal  berbanding merebut kejuaraan bersama United, Manchester City dan  Tottenham.
Pemain kelahiran Sepanyol yang mengikat kontrak bernilai £23.5 juta  (RM93 juta) itu berkata, setiap pemain masih belum berpuas hati dengan  prestasi pasukan pada waktu ini.
"Kami masih belum mampu untuk beraksi dengan baik sepenuhnya dalam  Liga Perdana England dan kami perlu cepat bertindak. Dan itu adalah  objektif utama kami.
"Ia sudah menjadi kebiasaan sekiranya pengurus (Villa-Boas) tidak  gembira dengan prestasi kami tetapi kami tahu yang kami perlu cemerlang  di dalam padang.
"Macam-macam boleh berlaku dalam bola sepak. Namun pada saat ini  jarak antara kami dan kelab Manchester terlalu jauh," kata Mata. 
Menurutnya lagi, Chelsea perlu sentiasa mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan untuk merapatkan jurangnya dengan Spurs.
"Sebab itulah pertemuan dengan United menjadi keutamaan kami. Untuk  menewaskan juara sangat penting dan ia merupakan cabaran utama kepada  pasukan. Kita perlu fokus.
"Saya tidak tahu mengapa atau sebabnya. Tetapi Chelsea tidak beraksi  cemerlang menentang kelab yang secara teorinya sebagai kelab bawahan  tetapi bukan dalam liga ini. 
"United juga kehilangan beberapa pemain dan ia merupakan masa yang  sesuai untuk kami meningkatkan prestasi kami dan mempamerkan aksi yang  terbaik dalam padang," kata Mata.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan