16 Februari 2012

Andre Villas Boas gagal - Presiden Porto

Presiden Porto, Jorge Nuno Pinto da Costa menyifatkan Andre Villas-Boas tampak gagal memimpin Chelsea meraih kejayaan kerana pemain masih terus berhubung dengan bekas pengurus Blues, Jose Mourinho.“Beliau perlu masa untuk membentuk pasukannya,” katanya yang bertanggung jawab melantik Mourinho dan Villas-Boas di Porto.

“Beliau tidak boleh melakukannya selagi masih ada pemain yang berhubung dengan menghantar mesej kepada Mourinho.” Hubungan Villas-Boas dilaporkan tegang dengan beberapa pemain senior Ahad lalu berikutan kekalahan di Everton.

Pengendali berusia 34 tahun itu menganggap kekalahan 0-2 di Goodison Park iaitu kekalahan kelima dalam saingan liga musim ini sebagai “salah satu persembahan terburuk.” Dilaporkan perbalahan itu terjadi di depan pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Pinto da Costa berkata: “Beliau akan berjaya di Chelsea kerana kontraknya bukan hanya setahun.

“Satu faktor yang akan menghancurkan kedudukan Villas-Boas adalah jika beliau gagal layak ke Liga Juara-Juara.” Namun beliau menyatakan Abramovich tahu mengenai mesej yang dihantar segelintir pemain Chelsea dan jurulatih Real Madrid, Mourinho.

“Jika beliau meninggalkan Chelsea, beliau akan menjadi jurulatih baru Inter,” tambah Pinto da Costa.

Mourinho yang menyertai Chelsea dari Porto pada 2004, memenangi dua gelaran Liga Perdana, satu Piala FA dan dua Piala Liga.

Beliau mempunyai hubungan baik dengan pemain seperti John Terry, Frank Lampard, Didier Drogba dan Petr Cech sebelum dipecat pada 2007.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...