Andre Villas-Boas mengakui dia tidak menikmati sokongan penuh  daripada pasukannya menjelang pertemuan pusingan kelima Piala FA dengan  Birmingham City, hari ini.Pengurus Chelsea itu menempuh musim pertama yang sukar di Stamford  Bridge sejak menggantikan Carlo Ancelotti musim panas lalu dan kekalahan  hujung minggu lalu di Everton mencetuskan laporan bahawa dia dipulaukan  pasukan di bilik persalinan.
Pemilik kelab, Roman Abramovich menjadi pelawat tetap di padang latihan Blues,  Cobham, mencetuskan desas-desus bahawa bilionair Rusia itu sekali lagi  semakin tidak bersabar dengan keinginannya terhadap lebih banyak  kejayaan.
Kekalahan kepada pasukan Liga Kejuaraan, Birmingham tidak akan  menguatkan kedudukan Villas-Boas dan hanya akan menurunkan keyakinan  menjelang pertemuan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu  depan dengan Napoli.
Namun jurulatih itu yang sudah pun mengakui Chelsea hanya pemerhati  dalam pemburuan gelaran Liga Perdana musim ini, menegaskan dia  mengekalkan sokongan padu Abramovich biarpun jika bukan semua pemain  berkongsi wawasannya demi perubahan bagi kelab itu.
"Mereka tidak menyokong projek saya. Hanya pemilik yang menyokong  projek saya. Saya fikir pemilik percaya penuh kepada saya dan akan terus  mara dengan idea yang kami ada.
"Pada akhirnya, ia merupakan matlamat membawa kami ke kedudukan terbaik dalam liga, termasuk dua piala ini yang kami buru."Ia akan menjadi amat bagus bagi kami jika kami menang menentang Birmingham untuk meletakkan kami ke suku akhir Piala FA.
 "Namun kami perlu mara dengan gagah dalam liga dan menunjukkan  kekuatan kami. Tempat ketiga sudah pun 10 mata di depan kami. Kami perlu  layak ke Liga Juara-Juara." -[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan