Sehari selepas dilucutkan sebagai kapten England, John Terry  diketepikan pula daripada perlawanan besar Chelsea menentang Manchester  United di Stamford Bridge, hari ini.Chelsea berdepan tugas berat apabila menerima kunjungan penyandang  juara selepas tonggak pertahanannya itu disahkan mengalami kecederaan  lutut.Malah, mereka juga kehilangan seorang lagi pertahanan, Ashley Cole  yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika menentang  Swansea, Selasa lalu. 
 Ia nyata berita tidak menggembirakan buat peminat Blues, apatah lagi  jentera serangan United bakal diperkuatkan kembali oleh penyerang utama  mereka, Wayne Rooney.
Rooney yang diketepikan dalam dua perlawanan terakhir sudah pulih daripada kecederaan belakang.Chelsea yang menghuni tangga keempat liga berusaha mencari kemenangan  bagi merapatkan jurang dengan United, daripada 12 kepada sembilan mata.
“John Terry adalah ketua pasukan, dia memimpin kami di atas dan luar  padang, dia adalah pemain yang hebat, jadi kami akan terasa  kehilangannya.“Kami juga kehilangan Ashley dan kedua-dua pemain ini adalah antara  empat pemain terbaik yang sering digunakan dalam kesebelasan utama. 
“Begitupun, kami tidak boleh hanya menangis apabila kehilangan  pemain, kami memiliki pasukan yang besar yang mampu digunakan dalam  perlawanan ini,” kata jurulatih Chelsea, Andre Villas-Boas.
Rooney adalah seorang daripada empat pemain berprofil tinggi United yang sedia untuk kembali beraksi.Jurulatih United, Alex Ferguson juga memanggil semula pemain tengah, Tom Cleverley dan pemain sayap, Nani serta Ashley Young.
Rooney dan Nani telah berlatih selama dua hari selepas sembuh dari  kecederaan yang menimpa mereka pada 22 Januari lalu. Young tidak beraksi  sejak Disember lalu dan Cleverley pula cedera pada Oktober lalu.Sementara itu, biarpun mengakui Chelsea sudah terkeluar dari  perebutan juara Liga Perdana Inggeris, namun Villas-Boas tetap menuntut  tiga mata daripada pertemuan dnegan United hari ini. 
Dia mahu rekod cemerlang di Stamford Bridge dipertahankan kerana kali  terakhir anak-anak buah Ferguson menang di situ adalah 10 tahun lalu.Ferguson mengakui, usaha United untuk pulang bersama tiga mata dari London bukan tugas mudah. 
“Ia bukan perlawanan yang mudah apabila berkunjung ke Stamford  Bridge. Kami tidak pernah menewaskan mereka sejak 2002, iaitu sudah  sedekad.“Dalam tempoh itu juga, Chelsea telah melakar kemasyhuran sejak tujuh  tahun lalu, kami bersaing dengan mereka untuk merebut kejuaraan liga. 
“Saya harap kami dapat mempamer prestasi kami mantap seperti dalam perlawanan bertemu Arsenal.“Malah minggu lepas di Liverpool (saingan Piala FA), kami mempamer  persembahan yang baik dan tewas kerana melakukan dua kesilapan teruk,”  kata Ferguson. 
 Bagi Chelsea, dengan ketiadaan Terry bermakna Gary Cahill akan  membuat kemunculan pertamanya bersama Blues sejak perpindah dari Bolton,  minggu lalu.
Frank Lampard pula dijangka memperkuatkan posisi tengah selepas  sembuh dari kecederaan betis, namun Ramires dan John Obi Mikel masih  cedera.
 Ferguson bakal mendapat sentuhan penjaga gol kedua, Anders Lindegaard  yang diketepikan enam minggu akibat cedera buku lali, namun David de  Gea masih berdepan kecederaan yang sama.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan