25 Februari 2012

Andre Villas-Boas beri penjelasan

Andre Villas-Boas mengaku terpaksa memberi penjelasan punca kekalahan Chelsea dalam Liga Juara-Juara di Naples kepada pemilik kelab, Roman Abramovich.

Pengurus Chelsea itu dijangka disoal siasat sekali lagi andai gagal menggunakan peluang merebut tempat keempat EPL dengan mengalahkan Bolton di Stamford Bridge.

Barisan Villas-Boas kini menduduki tangga kelima, di belakang Arsenal dengan perbezaan gol dan mampu mengatasi lawan terdekatnya itu andai tidak tewas sebelum pasukan Arsene Wenger berdepan Tottenham.

Pada musim sebelumnya, tiada siapa mampu menyangkal kemampuan meraih kemenangan di laman sendiri. Tetapi selepas selepas tempoh sukar sejak beberapa minggu lalu, tiada lagi jaminan buat mereka.

Selepas gagal menewaskan Birmingham di laman sendiri pada pusingan kelima Piala FA, Chelsea kemudian dibelasah 1-3 oleh Napoli pada peringkat pertama pusingan kedua selepas Villas-Boas mengambil keputusan menyisihkan pemain senior termasuk Frank Lampard dan Ashely Cole.

Villas-Boas mengaku Abramovich mahukan jawapan itu menerusi pengarah teknikal kelab, Michael Emenalo.
“Dia kecewa dengan pencapaian pasukan dan bertanya bagaimana susunan pemain dibentuk. Mereka menerima penjelasan sepenuhnya.

“Sekali lagi, kami berkongsi idea apa yang berlaku sepanjang perlawanan. Kami yakin pasukan masih mara ke pusingan seterusnya.

“Saya sudah memberi penerangan kepada orang terdekat Abramovich. Ia cara kami berkomunikasi, dia hanya ingin tahu situasi pasukan saja,” katanya.

Meskipun yakin disokong penuh Abramovich, Villas Boas sedar penting buat pasukan kembali dengan aksi meyakinkan yang mengancam kelab itu mengakhiri saingan musim ini tanpa trofi atau menempah tempat di Liga Juara-Juara musim depan.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...