5 Februari 2012

Torres tekad balas budi penyokong

Fernando Torres kini terdesak untuk membalas budi penyokong Chelsea kerana terus memberi sokongan berdepan musim terburuk sepanjang kariernya.“Sejak saya menyertai Chelsea, sokongan peminat begitu menakjubkan,” kata Torres menjelang pertemuan dengan Manchester United.

“Penting bagi saya untuk mendapatkan sokongan penonton. Pada awal musim saya berdepan saat paling sukar sepanjang karier, saya menyertai perlawanan tetapi bukan sebagai kesebelasan utama dan tidak pernah berdepan situasi itu sebelum ini.

“Satu-satunya yang memberi saya harapan adalah sokongan peminat,” kata Torres yang terus diberi peluang beraksi buat Chelsea dengan ketiadaan Didier Drogba yang mewakili Ivory Coast untuk perlawanan Piala Negara-Negara Afrika.

Penyerang yang menyumbang kemenangan Piala Dunia 2010 itu menyertai Chelsea dari Liverpool dengan rekod bayaran tertinggi di Britain £50 juta pound (RM230j) genap setahun lalu tapi menyertai 19 perlawanan tanpa sebarang gol buat kelab mahupun negaranya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...