Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) mengakui perlu menyusun  semula pertahanannya apabila pemain pertahanan, John Terry dijangka  tidak dapat beraksi untuk tempoh enam minggu bagi menjalani pembedahan  lutut. 
Tanpa Terry, pertahanan tengah Chelsea yang digantikan dengan David  Luiz dan Gary Cahill perlu diperkemaskan untuk pusingan kedua ketika  berdepan dengan Napoli selepas pasukan yang dikenali The Blues itu  tumbang 3-1 awal pagi tadi di Naples. 
Dalam perlawanan peringkat pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara  Eropah, Chelsea yang mendahului 1-0 diaibkan selepas pemain tengah, Raul  Meireles melakukan kesilapan. 
Gol kedua Napoli dijaringkan apabila pertahanan sayap kanan Chelsea,  Bransilav Ivanovic gagal berada di posisinya sebelum Luiz melakukan  kesilapan seterusnya untuk gol ketiga.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan